Skip to main content

keputusannya..

salam pagi sabtu semua...

dan salam sejahtera...

so, aku dah buat keputusan mane nak letak dani dan dijaga oleh siapa.. huhu.. beratnya hati nak buat keputusan ni. tapi sekurang-kurangnye aku lega sebab yang jaga dani nanti adalah orang yang amat aku sayangi dan percaya..

"dani akan tinggal ngan nenek ngan aki ye, dani jangan nakal-nakal ye nak. mama sedih nak berpisah ngan dani. mama tau dani pun sedih kan. tapi apakan daya kita dik, mama harus kerja juga untuk support papa sara keluarga kita ni..sian papa kene kerja sensorang kan.. selagi kudrat mama ni ada, mama akan kerja. dani faham kan.. tak lama pun 3 minggu tu. pejam celik pejam celik dah habis dah.. nanti mama jengukla dani k.. seminggu sekali k.. kalau tak naik kete, mama naik bas..hehe.. ok kan.. "

Ya Allah Ya Tuhanku.... menitis air mata masa tengah kemas2 barang2 n baju2 dia tadi.. kuat kan lah semangat ku dan suamiku Ya Allah...

kalau tak tahan menanggung rindu, kita amik balik dani ye mama.. itu kata enady...

pagi2 ni nak siap2 balik kampung hantar dani.. alhamdulillah demam dah ok.. tapi still risau sebab demam dia on off.. takpe, aku dah standby ubat untuk ibu jaga nanti..

sob sob sob.. sedihnye...

enady: tak boring ke kita nanti ek dani takde..
aku : alah, papa g la mancing. mama g la jalan2..
enady : haaa.. part mama g jalan2 tu yang papa tak nak tu..
aku : habis tu, takkan nak ngadap internet 24 jam?
enady : ikut papa g mancing la..nak?
aku : tak nak la.. nanti boring.. kalau nak kene ikut jugak, kita naik asing-asing. papa g naik moto, mama naik kete.
enady : apsal pulak?
aku : takut nanti mama boring, bolehla mama balik.. hahahhaha
enady : cisssss...ala mama, bawak la laptop tu kat kolam ni.. papa mancing, mama mainla internet..takdela boring kan..
aku : lorr, mane ade plug nak cucuk. kang habis batery mane nak carik plug..
enady : heyy, kat setiap pondok mancing tu ade plug tau.. papa selalu tgk couple2 yg teman boyfren dorang g mancing, yg aweknye kot2 bini nye main internet. bawak laptop masing2..
aku : (teruja) eh ye ke pa...?
enady : iyeeee...
aku : haaa, kalau macam tu ok lah...hikhik..

tapi kalau boring jugak, aku balik g tengok wayang..hihihi..
ish ish ish... anak nak kena tinggal, suka pulak ko ye na..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
2 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…