Maafkan mama sayang...


sehingga aku menulis ni pun air mata bergenang je. baca kisah anak-anak istimewa kat blog-blog lain, terus teringat kisah malam tadi. first time dani macam ni.

malam tadi dani menangis je. menangis menangis dan menangis. bila dia asyik menangis, aku jadik macam tak senang nak tido. aku jadik tak sabar. aku rasa bengang dan marah. dani still menangis. aku pun menangis sama sambil aku pukul-pukul bantal. bukan pukul dani. aku masih waras lagi untuk tidak pukul anak sekecil itu yang tak tahu ape-ape.

dah bagi susu, menangis jugak. minum tak sampai sepuluh saat, dia menangis lagi. aku check pampers dia, tak poo poo pun. just ada air kencing yang takde la penuh sangat. aku terus tukar pampers dia. mungkin itu yang buat dia tak selesa.

still menangis lagi. jam dah pukul 2 pagi nak oii, ape lagi yang tak kena ni. aku dukung dia pun still dia nangis jugak.

dah lama baru aku terfikir. cuba sapu minyak telon. maybe dia kembung. aku sapu perut dia dengan minyak telon tu perlahan-lahan. gosok..gosok dan gosok lagi. dani senyap je mase aku gosok perut dia tu. pastu senyum.

alahaii anakku, nak suh mama pegang-pegang perut dia ye.. tapi mama ngantuk sayang. esok mama nak keje.. mama taruk ubat ni. dani tido k..


rupa-rupanya dia kembung perut. lepas sapu ubat tu, senyum..senyum pastu bagi susu pastu terus tido.

maafkan mama sayang sebab biarkan dani nangis. mama tak tau nak buat ape mase tu. mama mamai sayang mase tu. macam-macam mama cakap kat dani kan. maafkan mama.. mama sayang dani sangat-sangat. mama takkan cakap macam-macam lagi kat dani cayang ni k..


p/s : maybe dani tak serasi makan nestum beras yang sekali ngan susu tu (kaler biru), sebelum ni dani makan nestum beras sahaja (kaler hijau). takde ape2 pun bila dia makan yang hijau tu..bila dah habis satu tin, aku saja try kasik yang kaler biru pulak. mmg dani makan habis 4 sudu aku bancuh.. tapi tak sangka pulak dia akan kembung perut.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

4 comments:

CikPuanMiera said...

aduh
susah jugak nak kasik anak makan solid food ni kan.
adoiyai

pRincESs_N said...

dugaan tu yunk as mama ni....kne kuat..y pntg cik suami pon kne support skali...

attyfir said...

takpe ana..lepas ni mesti dah tau kenapa..
maybe..lepas ni buat cair sikit kot food dani tu .lepas tu ..tiap kali mesti sapu perut dani ngn myk telon..tapak kaki dia gak.

Anonymous said...

mungkin bukan sebab tu jugak.. mungkin sebab kita salah makan masa siang buat dia kembong...:D hihihih saja nak kongsi

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...