cuti raya seminggu

wah wah..lamanye aku bercuti raya. last updated 7 Sept. hari ni 14 sept. huhu..seminggu aku beraya sakan..haha..

gambar sangat banyak. tak tau nk mula dri mane..

hari raya ke-5 baru aku sempat nak update. maklumlah, tahun ni komitmen raya tu lebih la sikit berbanding tahun lepas. tahun lpas bujang lagi (dah kawen tapi dani baru 3 bulan dalam perut), tahun ni dani dah genap 6 bulan. persiapan pun lebih kat dia je. mama n papa dia, ala kadar sahaja.

dah ramai ke yang dah start keje? aku lom lagi. insyallah sampai isnin depan. 20hb baru keje. enady pun same. dia bestla tempat keje dia shutdown seminggu. takyah apply cuti. yang aku gomen ni, wajib apply coti yang tinggal berape kerat je lagi tu sampai hujung tahun. hurmm.

sedih tgk pic raya member2 opis aku yang dah start keje awal ni. sila rujuk SINI.. makan kuih raya pun berempat je. Kak N, Gna, Nani n Cik Misha. yang lain masih lagi sakan beraya, termasuk aku..:)

oklah..sekian dulu dari aku pada jam 1.20 pagi di hari raya ke-5 ini. esok2 aku citer pasal balik raya n berhari raya k...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...