Berbuka puasa bersama adik beradik sepupu sepapat

nak bukak puasa sesame ni memang dah plan lama dah. rasenye awal-awal puasa lagi kot.. dah dah set tarikh nye pada hari merdeka tahun ini.

Jemputan awalnya terdiri daripada adik-adik aku dan 3 wakil dari adik beradik ayah aku iaitu abg gee dan isteri = kak shima ( anak mak uda), aku n family (anak ayah aku la kan..hehe), ain dan suami = anas ( anak wancik) selain dari adik beradik aku, ijai n anep.. pastu rasa macam tak seronok plak tak ajak sepupu sepapat yang lain yang dok kat KL ni.. tapi kena pikir jugak.. teratak ku kecil sahaja..hehe.. takat 10-12 orang muat lagilah kan.

tapi sebagai sepupu yang baik..cewahhh..aku ajak jugakla.. kak ida n abg feroz ( tak dpt dtg sebab ade hal ), yah n family ( tak dpt dtg jugak..atenye jauh bebeno..dia kat ipoh nun..)

dan tambah lagi sorang anak daripada adik beradik ayah aku... iaitu pudin anak kepada wancu piah. dia ni mesti kena ajak sebab adik aku ijai dok sekali ngan dia..hahaha.. kena lepuk kang kalau tak ajak. pudin kate, abg dia, radhi nak datang jugak ngan wife dia. at last, tak dpt dtg jugak..ade hal..

its oklah. mane yang ade ni pun dah havoc dah. havoc tu bagi aku meriah la..=p

kepada sepupu sepapat ku yang tak dijemput, tahun ni nana buat simple-simple je. plan yang secara spontan dari nana dan kak shima. insyallah tahun depan dan ke depan dan ke depan, nana buat yang proper untuk keluarga Ahmad Hassan ni. eh bukan nana aje tau, kitala semua.. plan sama-sama..:)

ok balik citer asal.

bertungkus lumus aku masak ari tu.. menu yang aku sponsor adalah ayam masak lemak cili api ( kak shima kate mavelesss..hikhik...malu nana tau..=p, pudin makan sampai 3 pinggan..hehe..sedap sangat ke pudin, ijai pun 3 pinggan..tu dah memang faveret dia..) ikan rohu yang enady pancing masak sweet sour , tumis taugeh + tauhu ( yg ni, ramai yang tak suke ek.. banyak berlebih) dan lengkong sirap + santan.


tuan rumah.. opocot mak ko! ade org amik gambo. tapi sempat sengih n buat peace..hehe.ruang dapur yang terhad..

kitorang kan..maksud aku family aku ni la, kalau dah berkumpul.. memang meriah + bising. citer itu ini. sembang2 kosong. gelak kuat-kuat. mesti hangin je jiran-jiran sebelah umah aku.. hehe..sori, bukan selalu ye umah aku ni buat makan-makan gini.

blur pulak. ayam masal lemak cili api.. best! ecece..:)

ikan rohu masak sweetsour..

dani yang baru bangun tido. tapi tido dia memang tak lena la.. asyik-asyik terjaga je.. abih tu kalau dah gelak kuat-kuat kan..manela tak terjaga. tapi takpe, seb baikla ade ramai pakcik-pakcik n makcik-makcik yang baik hati tolong jaga dani. aku kan masak kat dapur.

best bila berebut-rebut makan..hehe.. tangan bersimpang siur nak capai itu nak capai ini..haha.. best betul moment ni..

aku ngan pakcik anep ~ panggilan dani kepada adik aku, anep

dani with pak ngah nye, ijai.

kak shima kate, event ni akan ade nanti lepas raya. potluck lagi kan.. bestnyeee..

event dibuat sebab nanti raya ade yang tak dapat jumpa. macam aku kan balik Pahang. abg gee n kak shima balik perak 3 hari je. aku raya ketiga baru la nak balik Perak. tu yang buat makan-makan ni. kumpul ramai-ramai. meriahhh...

thanks to yang datang memeriahkan majlis..hehe..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...