1 Syawal 1431H


erk!

baru nak update ye...ampunkan aku. teruja tahun ni aku beraya dengan si kecik ni. sampai telupa mahu catatkan sedikit kenangan di diari on9 ini.

seperti sedia maklum ye, tahun ni tahun kedua aku beraya bersama suami tercinta. makanya giliran balik ke kampung si dia la. tahun pertama juga beraya dengan my hero kecik, dani. tu yang teruja tu. sampaikan beli baju raya dia pun aku katup mata je. eh bukan mase nak pilih design2 baju tu. mase aku nak bayar tu aku ngan enady katup mata je. paling mahal bajunye antara kami bertiga. sanggup! takpelah, kate tahun pertama kan..layankan aje kerenah mama ngan papa mu ini wahai dani..=p

mase ni orang laki-laki belum balik dari masjid lagi. so, aku tryla posing dulu ngan dani kat dalam bilik. nak posing kat luar bilik, segan lagi la. jadik menantu pun baru setahun kan..perasaan segan tu masih lagi teballll dalam hati. =p


dani sangat-sangat baik di pagi hari raya. aku bangun subuh, dia pun bangun poo poo. terus aku mandikan sunat hari raya untuk dia. macam tau-tau je hari raya kan..budak-budak kan paling suka hari raya..dapat baju baru. dapat main bunga api. yg paling seronok sekali dapat duit raya! huhu..terkenang memori lalu. rindukan zaman itu.


dani with his papa. love you both! muka masing-masing berseri-seri je pada pagi raya tu. mood pun sangat hepi. walaupun aku jauh dengan keluarga ku. tapi masih dekat di hati. sempat jugakla call ibu, minta maaf semua, nak cakap ngan ayah, ayah dah pegi sembahyang raya. call lagi lepas tu, tapi telefon rumah tak berangkat. dah pegi beraya la tu. ke rumah saudara mara terdekat.

ngan anak buah enady. kak long n kak ngah. anak kepada kakak enady yang kat Nilai tu.

dani ngan atok dan nenek nye. jadi kesayangan dorang sekarang ni. sebab cucu yang paling senang nak jaga. kot.. hehe..

family kakak iparku. serba kelabu dan hitam.. samalah pulak tema kita tahun ni kak..hehe. tapi tak ceria kan.. tahun depan kena pilih kaler terang terang sikit..

ni pulak family adik iparku, atie. anak nye sorang je, si aina tu. pinjam dani sekejap sebab kate bapak aina, awie, takleh bergambar bertiga..mm..no komen lah pasal ni kan.. layan kan aje. :)

dan ini keluarga besar kami. ade sorang tak cukup. adik udin. adik enady yang bongsu. mane ntah dia pegi. eh..dia tido lagi kot mase ni. tak ingat dah...

begitulah cerita ku di pagi 1 syawal. first time woo beraya tanpa keluarga.

ok, cerita lain akan menyusul kemudian. aku sangat busy hari ini..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

1 comment:

pRincESs_N said...

wahhh...rmai gak family enady..meriah2...

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...