Skip to main content

Checkup dani 5 bulan

uissshh sekejap je dah 5 bulan kan.. actually, dani 11 hb Ogos nanti baru dia genap 5 bulan.. tapi ntah camne nurse buat awal lak..mm..belasah ajelah..

semalam, g check up dani kat tempat biasa la..Klinik Desa, Desa Putra, Sg. Merab. Ditemani enady..papanye dani..

result chek up :

berat : 6.7 kg..alahai dani..apsal naik sket je ni..padahal menyusu bukan main banyak lagi tau..kalau bangun tengah malam tu, jalan sambil pegang dinding aku tau..terhoyong hayang nak g buat susu dani..

tinggi : 65 cm... ni pun same..naik 1 cm je dari yg lpas..yg lpas 64 cm...

kena inject dos ape ntah namenye..tapi korang nak tau....dani ni bukan main lasak dia... aku dah pegang kuat-kuat pun dia still boleh tendang nurse tu tau...ubat tu tak masuk habis la..adoiila..aku dah risau dah..tanya kat nurse tu, tak boleh ke cucuk lagi sekali. jawapan nurse tu, tak boleh sebab ikut prosedur kena sekali cucuk sahaja.

alahaaiii..dani dani.. sempat lagi tanya ngan nurse tu, takpe ke dia tak tak dapat sepenuhnya untuk dos yang 5 bulan ni. jawapan nurse, takde ape-ape lah. yang penting dos2 yang sebekum ni dia dah dapat kan..

tapi kan jawapan itu belum cukup untuk puaskan hati ku ini..aduhaiii...

nak buat camne, ganas sangat..ngadu ngan ibu, ibu tanya aku balik..papanye mane? gulp! tak tau nak jawab. tapi aku jawab jugakla.. papanye kat luar. Lenkali panggil ady tu masuk sekali mase nak cucuk tu. budak2 dia dah makin besar, makin lasak la dia..

mmm...pagi tadi, bangun pagi aku rase cam badan dia dah dedo dedo la.. panas suam suam tu.. apakah? mintak2lah dia sihat sahaja...

oh ye, aku masih bagi dani air susu ibu lagi walaupun dia tak menyusu direct dari aku. gigih tau aku memerah...kat dalam freeze tu makin banyak..insyallah cukup untuk stok bulan puasa ni..

oklah...nak balik dah...tak sabar mau ketemu sama dani...

daniiii, mama rinduu la....

akhir kate, jom layan gambar aku n dani mase tgh tgu turn nak cucuk semalam...

tata...selamat berhujung minggu...




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…