Apakah itu Imunisasi?

Imunisasi adalah cara terbaik dan selamat utk melindungi bayi anda daripada dijangkiti pelbagai penyakit yang berbahaya. Bayi yang diberi suntikan vaksin akan mempunyai antibodi yang dapat melawan jangkitan penyakit.

VAKSIN KOMBINASI DTAP-IPV/HIB

- Vaksin ini membantu mncegah 5 jenis penyakit yang sering menjangkiti bayi : Difteria(D), Tetanus(T), Pertussis(aP), Polio (PV) dan Haemophilus influenza type b(Hib).

Apakah perbezaan di antara vaksin DTwP-Hep B + Hib yang digunakan dahulu dengan vaksin DTaP-IPV/Hib sekarang?

-Terdapat 2 perbezaan yang ketara iaitu :

1. Vaksin wholecell pertussis(wP) berbanding vaksin acelullar pertussis(aP)
- Vaksin dahulu diperbuat daripada wholecell pertussis(wP)
- Vaksin sekarang diperbuat daripada acellular pertussis(aP)
- Kedua-duanya berkesan, TETAPI vaksin aP adalah lebih baik kerana kesan sampingan seperti demam, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan adalah kurang.

2. Vaksin polio oral (OPV) berbanding vaksin polio suntikan
- OPV yang digunakan dahulu diberi secara titisan ke dalam mulut bayi
- Vaksin sekarang mengandungi IPV, Hib, dan DTaP yang diberi dalam satu suntikan.
- Kedua-duanya berkesan, TETAPI vaksin IPV mempunyai kelebihan seperti :
* Pemberian dos yang tepat kerana diberikan secara suntikan
* Boleh diberi walaupun bayi mengalami cirit birit.
* Mencegah risiko jangkitan polio disebabkan OPV ( Vaccine-Associated Paralylic Polio )

Adakah terdapat perbezaan dalam jadual imunisasi?
- Vaksin Hepatitis B akan diberikan pada 0, 1 dan 6 bulan dengan satu suntikan yang berasingan berbanding dengan jadual sekarang iaitu pada 0,2,3 dan 5 bulan. Keberkesanan jadual baru telah terbukti melalui beberapa kajian.

nota kaki : gigih ok aku taip daripada template yg aku dapat semalam mase g cucuk Dani...alhamdulillah, sekarang sudah pakai vaksin yang baru di mana bila anak kena cucuk, tiada lagi gejala demam , bengkak dan sebagainya...


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...