Apatah lagi, dia sendiri bertindak menikahkan anaknya itu dengan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Mohd. Nazarudi Mohd. Nadzir dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Wilayah, Jalan Duta di sini hari ini.
Ketika ditemui, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman berkata, dia terharu dan tidak menyangka akhirnya anak perempuannya itu mendirikan rumah tangga.
"Bukan itu sahaja, hati saya terusik melihat ramai kenalan rapat dan saudara-mara yang hadir pada hari ini yang rata-ratanya melihat sendiri bagaimana Nabila membesar.
"Alhamdulillah, apa yang saya dan isteri rancangkan hari ini semuanya berjalan dengan lancar. Kami mahukan yang terbaik untuk hari bahagianya," kata Amy.
Suasana majlis yang pada mulanya ceria, tiba-tiba berubah wajah apabila isterinya, Norhasniza Hassan, ibu kandung Nabila, Farida Fadzil dan Zaidy menitiskan air mata.
Nabila yang juga seorang pelakon, anggun mengenakan busana putih susu rekaan Zulkifli Mohd. Gandhi dari Butik Puri Pesona menerima wang hantaran sebanyak RM22,222.22 serta RM80 untuk mas kahwin.
Pada majlis itu, Nabila menerima tujuh dulang hantaran antaranya telekung, senaskhah al-Quran, minyak wangi dan alat solek, kasut serta kek dan dibalas pihak pengantin perempuan dengan sembilan dulang.
Bagi Nabila atau mesra dipanggil Abil, dia tidak menyangka selepas enam tahun menyemai cinta, akhirnya, hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin.
"Ia jelas menunjukkan cinta kami begitu kukuh dan ternyata kami tidak membuang masa dalam perhubungan ini," jelasnya sambil merenung suami di sisi.
Majlis resepsi pihak perempuan diadakan di Pusat Komuniti Bukit Damansara malam ini manakala majlis sambut menantu di Klang minggu depan.
No comments:
Post a Comment