CARA NIKMATI MAKANAN KEGEMARAN WAKTU BERDIET

CARA NIKMATI MAKANAN KEGEMARAN WAKTU BERDIET
Ketika sedang berdiet anda pasti selalu terancam dengan keinginan mengunyah makanan kegemaran anda. Ada yang boleh menahan sabar tapi ramai juga yang tewas. Sebenarnya anda tidak perlulah terlalu tegas pada diri anda. Sesekali, anda perlu memberi peluang pada diri sendiri untuk menikmati makanan kegemaran. Biarpun makanan kegemaran anda itu memang diakui tinggi kalorinya.
Walau apapun yang anda makan, semuanya bergantung pada diri anda sendiri. Cara mengatur jumlah kalori yang masuk ke dalam tubuh anda amat penting. Jika anda dapat mengaturnya dengan baik, anda tidak perlu lagi bimbangkan soal pertambahan berat badan. Malah anda masih boleh berdiet seperti biasa.
Baguskan kalau dapat mengawal berat badan, tapi dalam masa yang sama anda puas kerana masih dapat menikmati makanan kegemaran anda? Semestinya anda akan lebih giat menjaganya. Terutama sekali apabila melihat hasil usaha anda berdiet selama ini tidak terancam walau sedikitpun.
Di bawah ini, ada beberapa contoh perbandingan makanan dan minuman mengikut kalorinya. Ini mungkin lebih membantu anda untuk mengatur pengambilan makanan berkalori seperti ini.
1 PAPAN COKLAT 45 GRAM ( 230 KALORI ) = 25 BUTIR COKLAT KECIL ( 225 KALORI )
1 BIJI MANGGA ( 100 KALORI ) = 2 BIJI LIMAU MANDARIN ( 90 KALORI )
1 POTONG SANDWICH ISI DAGING BAKAR + = 2 PULUT PANGGANG ( 250 KALORI )
MAYONIS ( 270 KALORI )
1 BISKUT WAFER COKLAT ( 100 KALORI ) = 4 BIJI KURMA ( 92 KALORI )
1 KEPING ROTI BAKAR ( 275 KALORI ) = 6 KEPING BISKUT SAYUR ( 264 KALORI )
1 PINGGAN MI GORENG SEGERA ( 380 K ) = 2 CAWAN KECIL JAGUNG + KEJU ( 358 K )
1 POTONG APAM BALIK ( 300 K ) = 2 POTONG PUDING COKLAT + SOS VIA
1 ICE BELNDED CHOC ( 240 K ) = 2 CAWAN YOGURT 125ML ( 228 K )
1 GELAS BESAR CAPPUCINO ( 200 ML ) = 2 KOTAK MINUMAN COKLAT RENDAH LEMAK ( 200 K )

2 comments:

Dyana said...

bleh cube nih....hehehe

Masviona said...

bagus info nih..leh try nih

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...