Showing posts with label sepupu. Show all posts
Showing posts with label sepupu. Show all posts

Al-Fatihah Buat Arwah Ucu Ali Julai 1966 - Ogos 2016


17hb Ogos 2016, hari Rabu, mlm tu aku scroll timeline FB, terbaca status adik sepupu belah ibu, Along tecik. Dia update, "Abah kuat! semoga abah cepat sembuh" lebih kurang mcm tu la. Check in kat Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

Terus aku whatsapp Along Tecik tanya kenapa?

Tak reply, aku call terus.



Ucu Ali kena heart attack hari Rabu 17hb Ogos tu. tengah repair kete tukar tayar kul 12 lebih macam tu. Pastu Ucu Ali macam penat, so masuk umah terbaring jap kat hall. Cuaca masa tu mmg tgh musim panas kan.  Ni yang macam diceritakan oleh anak2 arwah n isteri arwah, Ucu.

Pukul 12 tengahari tu Ucu Ali leh tahan lagi sakitnya, tak g hospital. Pastu dalam kul 3 petang, Ucu Ali tak tahan lagi sakit then Ucu call ambulans suh datang amik kat rumah. Kereta takleh bawak sebab tukar tayar tadi kan... so tersadaila kereta tu kat porch.

Kul 3 lebih bawak g hospital n terus masuk ke Red Zone. Ucu cakap, malam baru dapat masuk ICU. 



- Hari Khamis. 18 Ogos 2016 -

Aku ada kursus. Hari Khamis tu last. Ingat kursus habis tengahari, rupanya petang. Enady pun keje luar masa tu xleh nak g melawat. Banyak la hal yang aku takleh nak pegi ke hospital Klang masa tu. Tapi dalam hati, doa banyak2 dipermudahkan aku dapat g melawat Ucu Ali sebab hati xsedap. Lagipun kami antara saudara terdekat ngan family Ucu Ali. Kalau selalu follow aku dari bujang, aku selalu check in kat Port Klang, aku lepak umah dorang la tu.

Hari Khamis berlalu tai ada satu whatsapp dari Along yang buat aku rasa macam nak pergi jugak. 

"Along, kalau ada masa free tu datangla jenguk abah"

Ya Allah terus berderau darah... hati ni memang nak datang sangat2 long. Tapi sedapkan hati, esok petang Jumaat tu mintak time off nak g melawat Ucu Ali. Dah set dah ngan Enady. Petang kita mintak time off. 



- Hari Jumaat. 19 Ogos 2016 -

Pagi sebelum g keje, aku whatsapp along tanya keadaan Ucu Ali.




Still sama keadaannya...

 Jam 8.05 pagi, aku dapat whatsapp bagitau jantung Ucu Ali stop n buat cpr. Aku dah xsedap hati. sampai ofis, letak anak-anak kat taska, breakfast jap. Setelkan keje-keje tertangguh sebab aku kursus 4 hari kan. Hari Isnin tu aku ade kursus kena handle. so siap2kan semua. Call Enady standby kul 10 kita gerak g hospital. Plan awal, lepas solat Jumaat, baru kitorang gerak ke Klang. Tapi tak jadi sebab hati dah tak keruan. Before this, dah jadi 2 3 kali aku tangguh2 g melawat, akhirnya aku tak sempat jumpa pun. Then kali ni aku taknak terkilan seumur hidup.

Kul 12 tengahari.

Sampai kat HTAR, Klang. Terus naik ke wad 4C. ngam-ngam dah sampai waktu melawat. Aku tinggalkan anak-anak jap kat Ucu sebab nak masuk tengok Ucu Ali. Aku ngan Enady masuk. Allah... rasa nak menangissss tengok penuh wayar tiub... Along tecik tengah baca Yassin. So, kami tak kacau Ucu Ali, biarkan dia rehat. Tapi Ucu Ali tau kami datang, dia bukak mata sikit n tangan dia sempat thumbs up. Allahuuu... Cepatla Ucu Ali sembuh. Aku pandang keliling, macam tu rupanya wad ICU. Mesin yang bunyi tet tet tet tu sentiasa terpasang. Tak reti aku nak baca nombor2 tu tapi aku tau la sikit, yang mana nombor atas tu untuk degup jantung, yang second tu oksigen, yang third taktau...

Keadaan Ucu Ali memang lemah sangat masa tu. Aku tak sampai hati nak tengok lama so aku kuar, tinggalkan Enady... Aku sembang-sembang ngan Ucu citer la macam boleh jadi lagi. Dulu 4 tahun lepas Ucu Ali ada gak masuk hospital sebab kaki bernanah. 

Kul 1 lebih.

Enady n sepupu2 aku yang lelaki pegi solat Jumaat kat masjid berdekatan.

Dalam kul 2 petang, Ucu Ali kena heart attack lagi sekali. Masa ni aku tak tau mana dapat kekuatan, minta tolong Dira pegangkan Iman n tengok kan anak2, aku amik surah Yaasin baca kan...Air mata tak berhenti2 keluar. Dah la baru je kursus pasal kematian2 ni, menghadap pulak Ucu Ali yang tenat masa tu, 


Jam 4.30 petang.

Arwah Ucu Ali menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi isteri dan anak2 nya... Allah, rasa macam tak percaya. Aku jadi kelu sekejap. 

Baru 2 minggu sebelum tu, kami lepak umah Ucu bawak ikan gerut, member aku si Zaza bagi. Ucu  Ali masakkan. Siapa sangka tu makanan terakhir arwah masakkan untuk kami. Pergi dah Ucu Ali yang sangat baik, sangat supportive, ada masalah tak kira personal, tempat kerja, share ngan dia. Sentiasa bagi kata-kata semangat. Terlalu banyak sangat kebaikannya pada kami. Suka layan Dani Zara yang kadang2 buat perangai kalau datang umah dia... 

masakan arwah, ikan gerut masak tomyam


sedih. Pergi dengan tiba2. 

Bayangkan kalau aku datang lepas solat Jumaat tadi, paling2 pun kul 3 la baru gerak kuar opis, amik Enady anak-anak lagi, gedebak gedebuk sampai HTAR kul 5 petang. Tak sempat!

Dalam kul 6.30 petang.

Jenazah tiba di rumah. Aku dah balik umah ucu mase tu. Ucu kat hospital lagi ngan anak-anak untuk setelkan apa2 yang patut. Aku dira n farah, balik umah Ucu untuk kemas rumah. Kul 9 lebih malam, Ibu n ayah n adik2 sampai dari kampung. Dalam kul 12 tengah malam, kitorang mintak diri untuk balik umah aku kat putrajaya jap, ayah dah ngantuk, tido n mandi semua2 lah. Esok paginya kami datang lagi.


- Hari Sabtu. 20 Ogos 2016 -


Sampai Port Klang dah kul 9 pagi. Terus g masjid, arwah dimandi, dikafan dan disembahyangkan. Arwah Ucu Ali dikebumikan kat Tanah Perkuburan Kg. Pendamar, Klang jam 10.30 pagi.

Al-Fatihah. Semoga roh arwah Ucu Ali dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Semoga Ucu dan anak2 kuat hadapi dugaan ini. Hidup perlu diteruskan. InshaAllah kitorang akan datang umah ucu macam selalu-selalu...




Gambar-gambar arwah kat atas tu semua masa 7 tahun lepas carik-carik dalam blog ni... 




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Selamat Menjadi Suami Orang, Akim...

Event ni dah agak lama la, kira-kira 4 bulan yang lepas.. adududu, ampunnn, busy nau nau..=p

Belum terlambat lagi nak wish kat blog ni untuk Akim n isteri : Selamat Pengantin Baru... :)

Bulan 8 majlis dorang ni. Akim ni cousin aku, anak Arwah Mak Alang, kakak ayah. Anak yang paling bongsu sekali dalam family dorang. Alhamdulillah selesai la majlis kahwin semua anak-anak arwah Mak Alang. InshaAllah.. :) 



Tak ingatla nama pengantin pompuan ni.. Maaf ye...



Ibu n ayah of kosla wajib datang kan... Dan acara kenduri kawen ni macam dah jadi tempat kami sedara mara bergathering.. Time ni je lah nak jumpa sedara mara selain daripada Hari Raya...

Majlis ni buat kat Dewan AU2, Keramat. Disebabkan Enady pegi kursus rasanya, Kakyang pun keje so aku drive bertiga je ngan Dani n Zara. 



Zara n Icha, the only anak buah side aku yang ada... Habis pelamin tu dorang konker. Sampai runtuh lah pelamin tu.. kahkahkahkah, budak-budak dok main kat situ, pastu kerusi pengantin tu terjatuh dari tempat dia... Mujurla Zara ngan Icha masa tu dah turun bawah dah...



Tudung pink, Wanchik. ngan anak dia yang baru gak kawen tahun ni, bulan 2 ari tu. Ati n Rino.


Umah parents Fyqa kat Setiawangsa tu je. Dekat. So, ajak sekali. Berjumpa-jumpaan la besan-besan ni.. :)


Anak-anak aku ni tak takut langsung la naik pelamin orang.. tsk! Aku masa kecik2 takde pun cam tu tau... 


Gambar dah tunggang terbalik.. Pengantin berarak masuk ke dewan.


Tengok tu.. Icha n Zara...


Mak sedara, Mak Uda, n Wancu n cousins, Pami, Faridah n NIsa yang datang dari Perak.


Makan beradab ngan pengantin.


Dah makan kat meja biasa. Sekali rupanya tuan rumah jemput semua sedara mara penuhkan meja VVIP kat depan nun.. Apa lagi, kasik makan satu kali lagik la... 


With parents Fyqa.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Selamat Pengantin Baru Ella & Syafiq

14 Ogos yang lalu, termeterai sudah ikatan sah antara Ella & Syafiq.

Selamat Pengantin Baru Ella...

My cousin kawen lagi... not kawen lagi actually, another cousin got married... hahaha... Best ramai cousin ni... Time musim dorang kawen memang berturut - turut la kawen. Bulan 2 ari tu si adiknya kawen, Ati. Next kenduri, dengar-dengar 2 tahun lagi... hehehe... Anak perempuan Wancik & Ayahcik ramai... 7 orang. sorang je teruna... :)

Yang bestnya bila cousin kawen ni, sedara mara ramai datang berkumpul... seronok sangat. borak2, makan2, gosip2... cam bujang2 dulu... hang out sama2. Sekarang ramai dah bekeluarga... geng2 aku semua dah kawen, Yah, Nor, Ain... :) Kiranya ni geng2 baya adik aku yang ramai kawen tahun lepas n tahun ni...

Weekend ni kenduri kawen kazen aku lagi kat Keramat nun... gathering lagi... best best!



Ella di hari pernikahan.. Cantik sangat Ella time ni... :)

Ayu gitu. hilang sikit dah style grunged dulu2.. kahkahkah...



Maaf Ella, tak dapat nak datang masa hari nikah. keja. :)

So, Sabtu 15 Ogos tu, aku n adik2 car pool balik kg. Gerak kul 7 pagi dari Putrajaya. sampai2 kampung, bau tempoyak menusuk kat hidung... Nyumsss... Ibu aku kena masak lauk tempoyak ikan haruan untuk tetamu VVIP.... Apa lagiii... fresh lagi tempoyaknya, kasik hirup la dulu kan... slurpppp!






Sepupu pengantin pun nak make up... Tq Tasyot.. Kazen aku gak yang make up kan pengantin. Tambah blusher je pun..:)



Sebelum pengantin datang, hahaha, habis korang usik2 semua tu ek... Pelamin yang simple tapi sangat nice. Idea dari pengantin perempuan... sekarang ni pakai pallet2 ni pun dah cantek kan...



Kakyang n Tasyot.


Parents Pengantin perempuan.



Lagi satu kan, bila tukang make upnya sepupu kitorang gak kan, seronok bila nak posing2 dalam bilik pengantin.. kahkahkahkah...



Purple tema dorang kali ni... Cantik gak... Jubah tu kakak pengantin yang buat. g terjah ig dia @atiyaboutiqe Aku ada beli satu kaler hijau.



Sedara mara yang datang.. Tak semua ni.. Kalau semua, tak muat... hihi... 









Again, Selamat Pengantin Baru Ella & Syafiq. Hantar mempelai on 19 Sept nanti kat Terengganu... Dekat plak tu ngan Pulah Perhentian kan... apa lagiii... plan plan... hihi..

Semoga berbahagia till jannah... Cepat2 dapat baby. Hiks!


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Selamat Bertunang Nasiha

Ni pun cerita 6 bulan lepas... Bulan Februari ari tu...

Bagus jugak Nasiha aka Tasya buat majlis bertunang time cuti raya cina tu... Sekali balik je kan ngan Ati kawen. Patutnya Nasiha bertunang bulan 12, tapi mase tu Kg. Gajah banjir kan... sian dia, pelamin dah siap dah, sekali postponed la dekat-dekat tarikh Ati kawen. Senang sedara mara semua balik sekali harung.. hehe...


Laman umah Mak Uda yang kena gak banjir tahun lepas.



Zara spam pelamin cik Tasya... hamboi hambooii berangan yer zara...siap terliuk lentok... Malam sebelum majlis lepak jap umah Mak Uda borak2 kosong... Lama dah tak gosip2.. hahaha... rindu zaman bujang2 dulu ngan kazen dok bersembang sebelum tido...







Kakyang, Tasya n me...


Ibu n Kakyang

Nilah tunangnya si Tasyot...


Ngan kazen2 n adik2.... Psss, Kakyang, asal nampak gem dlm gambo ni... wakakaka...


Saat disarungkan cincin oleh bakal mak mertua... Orang dekat je tunang tasyot ni... Ipoh nun haaa.. setahun lebih lagi kawen la dorang ni... inshaAllah...





Sekian, cerita tunang Tasya n alaaa tak ingat nama tunangnya...

Selamat menjalani kehidupan bertunang yer Tasyott... Harap bersabar la di alam pertunangan ini.. ecewahhh.. hihi...


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...