Showing posts with label opismate. Show all posts
Showing posts with label opismate. Show all posts

Farewell Kak PJ.

Entry 2016 oi.. haha

aku publishkan aje la...

aku pun dh tuko kat Unit lain..











Happy Birthday To Me :)

Semalam 22 oktober 2019. Tepat pukul 12.00 tengah malam, kena kejut ngan EnAdy. Aaaaaaaa... dia buat suprise la pulak... aku ngantuk oi sebab esoknya nak kena bangu kul 4 pagi sebab ada order nak kena buat. Tgk balik kat video yang dia rakam, haahaha buruknya muka... muka xde perasaan, tido lagi penting hahahha... Tpi aku taklah kejam, laki kejut bagi suprise, sape tak hepi tersangat2 oi... 😅😅😅

Ok bunga is done. Aku pun sambung tido balik... hihi...

Eh ada second song lagu birthday la pulakkk.. ape ni ape ni ape ni... hahahahha..

Another present. Ingatkan bunga je, tu pun aku syukur banyak dah. Bukan selalu dia buat suprise mcm ni. Tahun2 sebelum paling tidak pun bawak pegi jalan, bawak pegi makan... tu je lah tiap2 tahun. Yang paling gembira, mestilah anak2 hahaa sebab dorang leh tiup lilin potong kek n makan kek... Dorang yang excited sebenarnya. Dah dapat hadiah yang selama ni ku hajati tu, aku pun sambung tido balik kihkihkih... Tq sayangggg....


Bangun pagi pegi opis mcm biasa... Semalam hari timbang, aku pun g blok admin dulu untuk timbang berat minggu kedua. 

Dah setel, tapau kat cafe. then balik opis.

Tengah makannnn, sekali dorang datang bagi coklat bouquet plus bunga duit... ngan kek... alah alah alah alahhhhhh terkejut giler wey.. tak sangka sangat dorang siap celebrate. huhuhu sebak terharu semua ada... kelu lidah hahahaha..









Dengan muka belum siapnya... belum pakai bedak lipstik, adehhh 😅😅



Tq Kak Hawa....



Haaaa sape buat ana nangis niiiii, :)

Tq for everything Nora n team yang berjaya suprise kan aku ni...

Jom kita makan kek sesama ye.. ;p



Bertambah usia mu Nurliyana... Tq jugak buat Ibu tersayang yang melahirkan along dan membesarkan along sehingga ke hari ini... :)

💓💓💓💓

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Reunion

Sepanjang-panjang aku kerja... first time dapat unit yang 6 orang je ni yang sekepala semuanya... Bos no1, bos 2, bos no3. Tapi tak pernah la tak pernah gaduh kan... gaduh-gaduh tu adatla manusia biasa... Tapi kami, try solve benda yang tak puas hati cepat... takmo panjang2. Tak reti haku x bercakap sepanjang hari kat opis. Walaupun orang lain yang miscomunicate, tetap kami yg lain ni terasa sama... Benda boleh bawak bincang kan, human error. Tak kemana... bukan boleh bawak mati pon.

eh, apa aku melalut ni... haha

Tapi tu lah kami berenam. Dah macam adik beradik. Unit PPPE menyatukan kami. 2 tahun bersama-sama. Sekarang semua dah terpisah. Unit PPPE pun dah takde. Oh ya, PPPE tu, Pusat Pembangunan Profesional dan Eksekutif. Yang tinggal satu unit ialah aku dan bos no3 dulu, Kak Siti. Bos no1 dah g HQ, Bos no2 dah naik Ketua bahagian Korporat, Faz dah g Unit Kewangan, Kakwan dah g Unit UPH. 

Walaupun semua dah tak seunit. Grup wasap tetap tak boleh left. kahkahkahkah...Dah jadi Grup orang lawo... hahaha.. 

So, kitorang decide nak g makan-makan. Lama tak hang out sama-sama...

PICC lah tempat yang dituju...

Lets go!








Thanks pada semua, Puan As, Puan Noni, Kak siti, kakwan. faz... korang semua memang best. Walaupun masing-masing dah bawa haluan, jangan lupa kita pernah sama-sama harung buat training 2 tahun. Dengan Unit PPPE ni lah, merasa la aku keluar buat keje. Pegi Port Dickson, Morib, Melaka, Sarawak. Sarawak la yang paling best.. 5 hari berkampung kat sana... 

Tq uolls... 

With love -  Ana.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Jamuan Hari Raya Unit Latihan 2016

Dah habis raya rasanya masa ni... ala 2 3 hari je habisnya... Takpe, yang penting makanannya.. hihi...

Rupanya tahun lepas aku tak blog kan pun jamuan raya Unit Latihan.. huhu.. last jamuan raya 2014 yang ada... http://honeysour00.blogspot.my/2014/09/majlis-aidilfitri-bahagian-latihan.html

Jom jamu mata dengan makanan yang sangat sedap-sedap semuanyaaaa...


Of course la secara pot luck kan... ada kuah durian kak Ila bawak, agar2 n kuih lopez kak ijah bawak, nampak tak Anabella Sandwich di situ...:)


Iffa menyibuk.. hehehe... suka la dia dapat makan banyak2 hari tu...


Sebahagian warga Latihan yang baru... Welcome to Latihan dear... :)


Tengok je dah terliur kan... slurpppppp! memang sedap uolls.... :)






Kahahkah, gambar tak ready pun aku haruk gak letak kat sini....yang bestnya kali ni partition aku dah turun ke aras 3. No more aras 6 macam tahun2 sudah. partition plak sedang elok sebelah makanan... hahaha... memang sesuai lah kan... makan berulang makan berulanggg je...


Sambung, tengahari makan nasi ayam penyet, team KIK Unit Latihan belanja sebab dorang menang besarrrrr masa pertandingan KIK ari tu... RM1800 wooo, RM1500 tempat pertama, RM300 untuk persembahan terbaik.


Staff2 dari Unit lain pun ada datang memeriahkan suasana... :)


tu belakang sofa yang aku duduk tu aku punya tempat... =p


separuh dia. hahaha, macam cover filem lak.


Alololololoooo... muka sape terlebih senyummmm tu...=p


Akhir kata, thanks uolls... semua makanan sedap2. Nanti tak raya pun kita buat lagi ok. saje makan2...

jangan risau. Tukang habiskan makanan ade je kat sebelah ni... hahaha...

Jumpa di Majlis Raya Unit Latihan Tahun 2017. InshaAllah... kalau ada lagi di Unit Latihan. :)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Makan Besar

Owh ni citer Jumaat minggu lepas. Pn. Noni treat satu unit nak makan2...Dah lama sangat plannya ni. Asal dapat date je, ada je halangan masing-masing tiba2 yang tak boleh nak makan sama... Anak Faz kena chicken pox la, Kakwan terlibat ngan sukan la, Bos emergency leave. Kak Siti, balik kampung.. Hehehe.. ade je la yang tak leh nak unite sama...

Akhirnya, minggu lepas on je. At first Kakwan kata ok dia join. Sekali dia punya bas dari Kajang takleh nak balik awal. Kakwan busy sukan. Disebabkan dah sampai pun ke IOI City Mall tu, so mana yang ada je lah...



So, ni je lah Unit PPPE yang ada. KakWan je yg xde. Untuk Kakwan, Pn. Noni kata next time dia treat Kakwan sorang plak.. Baiklah.. hehehe...



Dari kiri : tuan tanah, Kak Siti, Bos, Pn. Noni n Faz... 



Nak pilih tempat pun agak mencabar gak.. hahaha, mujurla ada kolig yang rajin men'try' makan kat sana sini... Faz la yang suggest makan kat sini sebab Pn.Noni kata nak makan western. Aku no hal westeng westeng ni hehehe... Selama pregnant dah nak masuk 8 bulan ni, itu jelah yang lalu masuk dalam perut. Nasi jarang-jarang. Sama ada masak sendiri atau ibu atau mak yang masak. Pastu dah tengahari kan, memang sebu la kalau makan nasik. nasik tu pagi2 boleh masuk lagi la...

Faz suggest New York Steak. Sebelah Dubuyo.


Aku minum ni, merangkap desert sekali ni.. Hahaha, sebelum tu mane nak tau nak makan kat Magnum...



Ni yang aku order : Rib Eye Steak with Mushroom sauce. Sedappppnyaaaa Ya Allah, hanya tuhan yang tau.. hikhik... Terasa-rasa lagi kat mulut ni... Cukup rasa lah semuanya...Juicy, daging lembut, kuah sedap, whippotato tu sedappp... Alaaa, jom repeat Faz... =p Oh ya, Harga RM27.90 150 gram.


Ni aku close up sket rib eye nya...



Merecik-recik uolls.. hihi, habis bau asap tudung kami...


Setel makan kat situ, jalan-jalan pusing-pusing, takde yang berkenan, sekali dibelanja lagi sekali asikrim Magnum... Pucuk Dicita Ulam Mendatang lah kan.. Nyumss!


Wefie sket!..:)




Buruk beno rupa makyong makan... =p


Saje try test amik shoot yang tengah in sekarang kan.. hihi..


RM9.90


Ok habis.. balik dengan semua perut buncet ke depan.. hehehe...

Tq Pn. Noni... Lain kali belanja lagi... Ok Next!... :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hari Raya INSPEN 2015 !!

Fuhhhh Kenyang sangat hari ni!

Terima Kasih kepada seluruh warga INSPEN..:)

Kerana semua bergotong royong menjayakan Majlis Hari Raya INSPEN bagi tahun 2015.

Bahagian latihan kena buat laksa. N bahagian lain ade la kena buat macam-macam... sedap-sedap menu hari ni...


Pagi-pagi, bertungkus lumus la geng latihan buat preparation Laksa ni. Kuah dah siap buat malam tadi. Thanks guys.. exspecially MakNgah, Ummy, Kak Puteh, Yan , geng PPH lain yang masak kan kuah laksa yang super sedap itu... Resepi dari MakNgah...  Berebut-rebut orang makan. Sampai kena catula kuah laksa nye... hahaha... 


Sesi rebus merebus laksa...


En. Jamal tukang hangkut barang2 bawak turun.


Kak Puteh n Azwan tukang potong bawang...


Hehehe, ni lah gerai kami... Unit Latihan. Memang gerai khas untuk laksa.


Gerai Pentadbiran dan Kewangan. Dorang buat cocktail, kuih lopez, rojak buah n kuih-muih.



Ni tak sure gerai sape... Lemang rendang n pulut kuning n bihun goreng..


Kuih muih.. rasanya dari Unit Korporat.



Team Pusat Akademik dan Research. Mee Rebus + Buah-buahan + aiskrim.


Show off lagi sekali Unit Latihan punya gerai laksa....:) Thanks En. Afizan & En. Azhar di atas decoration... Memang gempak la...hahaha...



Pengarah INSPEN yang baru bagi speech. Puan Rashidah Isnin.



Geng Latihan : Qila + Ummy + Yan.


Geng ***** INSPEN... Hahahahaha, nama tu kena secret sebab sensitif bagi sesetengah orang... kihkihkih... Tapi yang baju merah tu dah tukar JPA. So, alumni lah ni...


Geng Jiran Opis. Geng Unit Kewangan. Bina  & Wahid. Merangkap geng breakfast gak kalau agak2 bosan makan sorang2 n xde keje urgent lehla breakfast sambil borak2 masalah dunia.. hahaha...



OK dah setel makan n kemas, tapaula apa2 yang patut untuk makan kat opis.. hehehe... Baju yang tak berapa nak raya sangat. Mix n Match saje. Kain batik Sarawak + Blouse beli kat jualan Jabatan Peguam n tudung kat pasar karat RM25 2 helai...

Sekian, cerita raya INSPEN 2015. Tahun depan inshaAllah bertemu lagi.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...