Showing posts with label lunch. Show all posts
Showing posts with label lunch. Show all posts

Good bye Hany

Cerita sebelum puasa dan raya tahun 2019 :p

Actually kitorang tak plan pun lunch date. Kebetulan masing-masing nak mencarik baju raya anak-anak. Maka marilah sesapa yang available ke IOI Mall sana, then terus la lunch date. Dan kitorang pun tak sangka tu lah lunch date yang last ngan Hany... 😭😭😭😭

Sebab...

Dia dapat tukar ikut husband dia ke TNB Port Dickson. Asalnya lepas-lepas raya, kitorang fikir boleh lagi la lunch sama-sama nak makan kat KFRY nun... tapi surat Hany sampai awal, n suh lapor diri 20 Mei 2019. x dapekla hany oiii Kfry mu... 😆😆

Jom belanja gambar. So yang availablenya adalah aku, Hanylah dan N. N masa ni tengah memilih baju. Aku xde yang berkenan mase tu, so tgk2 je lah ngan Hany. Kat Maxx.




Si Hany, lepas bersalin Aleena, badan dia naik bagai dipam-pam... so stress dia, aku suggest la dia ikut kelas eatclean Kak Yaya tu, haaaa kau! trun elok molek haaa.. kurus macam sebelum pregnant.






 
Kitorang makan kat Peranakan. Perut dah kenyang gak sebab ada makan ape ntah kat opis sebelum tu. so order yang lite-lite je... Teman kan N makan. Dia makan bihun kari.


Maka ini lah post lunch date yang terakhir ngan Hany sebelum dia pindah ke Port Dickson. sobs sobss sobss... Thank Hanylah untuk everything... jumpa lagi nanti... muahhhh!



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Reunion

Sepanjang-panjang aku kerja... first time dapat unit yang 6 orang je ni yang sekepala semuanya... Bos no1, bos 2, bos no3. Tapi tak pernah la tak pernah gaduh kan... gaduh-gaduh tu adatla manusia biasa... Tapi kami, try solve benda yang tak puas hati cepat... takmo panjang2. Tak reti haku x bercakap sepanjang hari kat opis. Walaupun orang lain yang miscomunicate, tetap kami yg lain ni terasa sama... Benda boleh bawak bincang kan, human error. Tak kemana... bukan boleh bawak mati pon.

eh, apa aku melalut ni... haha

Tapi tu lah kami berenam. Dah macam adik beradik. Unit PPPE menyatukan kami. 2 tahun bersama-sama. Sekarang semua dah terpisah. Unit PPPE pun dah takde. Oh ya, PPPE tu, Pusat Pembangunan Profesional dan Eksekutif. Yang tinggal satu unit ialah aku dan bos no3 dulu, Kak Siti. Bos no1 dah g HQ, Bos no2 dah naik Ketua bahagian Korporat, Faz dah g Unit Kewangan, Kakwan dah g Unit UPH. 

Walaupun semua dah tak seunit. Grup wasap tetap tak boleh left. kahkahkahkah...Dah jadi Grup orang lawo... hahaha.. 

So, kitorang decide nak g makan-makan. Lama tak hang out sama-sama...

PICC lah tempat yang dituju...

Lets go!








Thanks pada semua, Puan As, Puan Noni, Kak siti, kakwan. faz... korang semua memang best. Walaupun masing-masing dah bawa haluan, jangan lupa kita pernah sama-sama harung buat training 2 tahun. Dengan Unit PPPE ni lah, merasa la aku keluar buat keje. Pegi Port Dickson, Morib, Melaka, Sarawak. Sarawak la yang paling best.. 5 hari berkampung kat sana... 

Tq uolls... 

With love -  Ana.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Ice Cream Wafle Tersedap Di Putrajaya




Tengok gambar, terliur kan... Nyumsss!

Teringat-teringat lagi sampai la ni.... phewww!

Kat mana? Haaaa, ni kat Food Court Alamanda saje... Kat area depan Black Canyon ngan Noah burgers tu... Senang je carik, konfem jumpa... Sebab memang kedai dia tu lah satu-satunya.. :)

Sila terjah ya.. Ada macam-macam flavour. Aku pilih ni sebab lebih variety fruitnya... nak amik semua coklat kan, jatuh plak bacaan HB aku kang... =p



Aku order air ni... Coconut Bandung Float.. Adehhh, tersilap amik... Dahla wafle icecream, tambah plak float ni... bedal sajalah... 

N n Hany

Jumaat lepas, dating ngan girlfrens ai ni... Asalnya 5 orang, tambah sorang lagi Dayu. Dia ada meeting kat EPU... Tapi last minit bgtau tak dapat join sebab gerak lewat dari KL.. so kita on je mana yang ada... jadiklah buat lepas rindu... Bila nak repeat IKEA ni korang????

Ceh, tak sedar diri tu membuyung nunggu hari... hahahaha... OK next time ye gurls...

Zaza n tuan blog.
Tq N sebab bawak mak buyung ni.. hehehe... Sekarang ni dah jadik orang kurang upaya nak drive... nak g keje pun terasa malasnyaaaaaaa...

Nak suh Enady hantarkan, emmm, macam susah lak nak patah-patah balik kan... Dani n Enady dekat dah ngan rumah... Aku ngan Zara agak jauh jugak tercampak kat hujung Putrajaya... =p So, makan masa nak hantar hantar amik... Dengan jem nye lagi...

Tiba-tiba rindu MOF... sobs... Kalau keje situ lagi, senang keje dah satu jalan ngan opis Enady... Takde ke nak offer ai balik MOF semula... tsk tsk tsk!

Eh, penutup entry ngan citer sedih plak yer.. hehehe..

Anyway, tq gurls... Nanti jumpa lagi... Bila? tatau... Ala bukan jauh pun kita2 ni.... :)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Chemistry Lab, Bangi Sentral

Lama tak date ngan girlfren sorang ni... Hari Jumaat minggu lepas, plan la sekali ngan Zaza N Hany tapi dorang tak available. So, aku berdua je la...

Dingdongdingdong gak tak tau nak makan mana. Aku cadang takmo nasik2, tengahari nasik memang tak lalu la nak masuk kat tekak ni.. Aku cakap kat N, jom kita g minum kat coffee cafe tu... N cadangkan Chemistry Lab ni lah... Dia dah banyak kali makan kat situ rupanya... Sedappp... Review dari N.. dari aku? tunggu hingga ke akhir entry ni ek.. 

Chemistry Lab ni kat Bangi Sentral. Bangunan baru yang banyak butik2 tu.. Seksyen berapa? tidaklah aku ketahui.. hehehe, den bukan orang Bangi.. =p


Caramel Latte RM12.00


BBQ Wrap RM12.50


Mango Crepe Cake RM12.00


Yang N punya tu yang ada salmon tu RM22.90. Set. Ada Salmon pasta + Onion Ring + Ice Tea


Ni la lunch gilfren ai.. hihihi... N dulu2 dikenali sebagai Princess N. Sekarang tak princess dah sebab dah mak2 orang.. hahaha.. ampun N...

Review dari aku, sedap giler BBQ Wrap tu... Caramel Latte pun sedap, Salmon tu pun sedap... Semualah sedap... Ish ko ana, apa je yang x sedap.. hahaha... Tapi serius la, pada yang dah bosan takmo makan nasik tu, lehla try makan kat sini ok... Environment ok.. Tenang je makan... Memang licin habis aku makan... :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Makan Besar

Owh ni citer Jumaat minggu lepas. Pn. Noni treat satu unit nak makan2...Dah lama sangat plannya ni. Asal dapat date je, ada je halangan masing-masing tiba2 yang tak boleh nak makan sama... Anak Faz kena chicken pox la, Kakwan terlibat ngan sukan la, Bos emergency leave. Kak Siti, balik kampung.. Hehehe.. ade je la yang tak leh nak unite sama...

Akhirnya, minggu lepas on je. At first Kakwan kata ok dia join. Sekali dia punya bas dari Kajang takleh nak balik awal. Kakwan busy sukan. Disebabkan dah sampai pun ke IOI City Mall tu, so mana yang ada je lah...



So, ni je lah Unit PPPE yang ada. KakWan je yg xde. Untuk Kakwan, Pn. Noni kata next time dia treat Kakwan sorang plak.. Baiklah.. hehehe...



Dari kiri : tuan tanah, Kak Siti, Bos, Pn. Noni n Faz... 



Nak pilih tempat pun agak mencabar gak.. hahaha, mujurla ada kolig yang rajin men'try' makan kat sana sini... Faz la yang suggest makan kat sini sebab Pn.Noni kata nak makan western. Aku no hal westeng westeng ni hehehe... Selama pregnant dah nak masuk 8 bulan ni, itu jelah yang lalu masuk dalam perut. Nasi jarang-jarang. Sama ada masak sendiri atau ibu atau mak yang masak. Pastu dah tengahari kan, memang sebu la kalau makan nasik. nasik tu pagi2 boleh masuk lagi la...

Faz suggest New York Steak. Sebelah Dubuyo.


Aku minum ni, merangkap desert sekali ni.. Hahaha, sebelum tu mane nak tau nak makan kat Magnum...



Ni yang aku order : Rib Eye Steak with Mushroom sauce. Sedappppnyaaaa Ya Allah, hanya tuhan yang tau.. hikhik... Terasa-rasa lagi kat mulut ni... Cukup rasa lah semuanya...Juicy, daging lembut, kuah sedap, whippotato tu sedappp... Alaaa, jom repeat Faz... =p Oh ya, Harga RM27.90 150 gram.


Ni aku close up sket rib eye nya...



Merecik-recik uolls.. hihi, habis bau asap tudung kami...


Setel makan kat situ, jalan-jalan pusing-pusing, takde yang berkenan, sekali dibelanja lagi sekali asikrim Magnum... Pucuk Dicita Ulam Mendatang lah kan.. Nyumss!


Wefie sket!..:)




Buruk beno rupa makyong makan... =p


Saje try test amik shoot yang tengah in sekarang kan.. hihi..


RM9.90


Ok habis.. balik dengan semua perut buncet ke depan.. hehehe...

Tq Pn. Noni... Lain kali belanja lagi... Ok Next!... :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Lunch. Fuel Shack.


Alkisah lamanya tak lunch date berdua... Padahal opis masing-masing sekangkang kera je... Enady busy beno sekarang nak setelkan dokumen-dokumen untuk key in dalam portal sebelum berhijrah ke tempat baru...

Hati ni dok aim Fuel Shack je. takde nak makan lain. 




Enady kata boleh repeat lagi ni sebab makan burger dia mmg kenyang sampai ke malam. Burger daging dia tebal n termengah-mengah ko nak habiskan. Aku hampir give up la nak habiskan. Tapi aku kan jenis sayang makanan, akhirnya dapat jugak habiskan. Dan memang betul, kenyang dia malam tu aku tak makan nasik dah... =p

Ok dah. tu je. Citer banyak-banyak, Fuel Shack tak bayar pun, korang tryla sendiri... hehe...

Fuel Shack ni kat Ayer@8 ya... 




Bihun Sup INSPEN

Bila di saat xde bende nak di makan dan malas nak keluar g lunch..

Order saja kat cafe.

Jemput makan...

Bismillah...

Lunch Date Ex-Wang Awam 1


My Ex-opismate yang baik lagi budiman *Lenon kalau ko baca ni ko kene belanja akak 1)kain phua Sarawak 2) Teh C Special 3) Nasi Ayam Ketuk  4) Laksa Sarawak   wokeh..haha, giler banyak wishlist! bhahahahaha!

Lenon Tuing.

Dia dapat pindah balik ke hometown dia... Sangat best lah kan bila dapat balik keje kat kampung halaman, dekat ngan mak ayah, childhood memory keliling ko... Kawen pulak ngan orang yang dekat-dekat situ gak. Nanti anak-anak ko membesar sama tempat dengan ko membesar. Giler tak best!

Ok dah melampau pulak imaginasi... mihmih...

Rindu kampung halaman sebenarnya dan jeles Lenon dapat keje kat kampung... =p

So, kami-kami yang cantik lagi menawan ni, sajelah ajak lunch date. Saje nak jumpa-jumpa menghilangkan rindu.. eceewahhh! =p 

Beli hadiah tanda perpisahan sikit...

Dah ajak bekas-bekas staff Wang Awam 1 dulu, akhirnya beberapa orang je yang dapat join. Kak Izah, Kak Zai, Qila, aku dan tuan empunya badan yang nak pindah ni. Ni lunch ala-ala farewell la ni... Terbayang-bayang kalau farewell kat Wang Awam dulu.. Meriah uollsss..

Sambal Nani, Laksa Kak Timah, Puding Trifle Kak Zai, Asam Pedas Kak Izah, Asam Pedas Kak Lin, Koktel Ecah n Dayan, Sandwich Cik Aida & Cik Ita, Sate part bos-bos la, En.Jenal, En. Zulnaidy, En. Bad, Puan Suhaila, Rendang Cikmaz, Red Velvet Ciksu, Kuih Sagu En. Farihan, Mee Goreng Udang Puan Bashah, Kuah Lodeh Qila + Ecah, Mee bandung Muar Ita, Rozy selalu bawak apa ek, haaaa, kopok leko la dia selalu bawak sebab dia org Ganu...yang tak sebut nama tu maaf... dah lupa ingatan sikit.

Eh, dah kenapa mengimbau sangat ni...

Tsk tsk tsk tsk rinduuuuuuuu! Memori yang takkan berulang kembali.. Kalau berulang pun, takkan sama... T_T


Nah pulut mangga! 

Teringat kat Ann... hihi... not bad.. sedapp, tak manis leting macam yang ko makan tu Ann... :)

Keh keh keh...

Kitorang Lunch Date kat Restorang Tomyam Khung kat Ayer @8 tu je... Aku harapkan dapatla makan tomyam kan, sekali nan hado... Hanya nasi campur biasa2 tu...


Agak tak tenang aku nak makan sebab Dani Zara request itu ini.... pandai pulak tu nak air green... Jus apple rupanya cik Zara oii...Dah order air bandung cincau dia g tukar air green.. Mama ko kenyang minum air je nak... Yang si Dani, nasik habis nak tambah lagi nasik.. hahaha, lapar ye anak2... balik rumah baru repeat makan nasik yerp..









Dah licin haaa muka Cik Qila kita ni....

Phewwwiitttt!

Apa rahsia? hehehehe...

Rahsia dia adalahhh... Dia makan produk SHAKLEE!!!!.. :)

Serius licin dan makin cantikkk... 

Cepat-cepat kawen Cik Qila...#taktau ler dah ada calon ke tak? hihi...

Eh, ni entry untuk Lenon ke Qila ni? Hahaha...


OK Lenon! Gud Luck di tempat baru. jangan lupa kami di sini... See you Again...:)


*lambai-lambai tangan.

Lunch @ Umai D'Lake, Putrajaya

Jumaat lepas, berkesempatan jumpa kembali setelah menjelang setahun kami terpisah gara-gara TTP. Treasury Transformation Programme.

Tq Kak Izah di atas pelawaan ini.. dan juga belanja kami-kami ni.. :)

Oh ye, bukan Kak Izah dah.. CC Izah... hihi..

Ingat dapatla jumpa Rozy ngan baby baru dia, rupanya Rozy cuti balik kampung...

Aku orang first sampai, jadinya aku lah yang mengorder kan dulu...


Ikan siakap masak stim limau..


Kangkung Goreng


Telur dadar...


Udang celup tepung.


its mine.. Carrot susu..


Posing dulu sebelum makan.. yeayy!

Ada Kak N + Fiqah. Dah darjah 1 dah dia...

Ada Ecah, X-PA En.Zainal. Eh Dato' Zainal.. =p

Ada Mai aka Gina, Kak Zai.. orang-orang kuat KDN..

Kak Izah aka CC Izah..

And Last sekali, Lenon... Lenon tak solat jumaat takpe dia lepak ngan kitorang hari jumaat.. hihi...





Oh yang gambar ni buat aku terharu.. Kak N IbuAfiqah kata sejak aku xde mana ade dah bergambar2 kat Seksyen Wang Awam 1 tu.. alololololo.. so swittt... kat opis baru ni tak ramai sangat macam dulu nak wefie... 3 orang je hehe..




Lastly, semoga jumpa lagi korang semua...

Rindu Qila, Dayan, Rozy, Nani, Kak Timah, CC Usop, Kak Lin, Ummi, bos2, CikMaz, Ciksu, Puan Fazlina, En. farihan, dan semua2 yang kat Wang Awam 1 dulu...

Panjang umur kita jumpa lagi nanti.. :)

Semoga Maju Jaya...

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...