Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Terkunci dalam kereta

Masa hari yang orang dok cerita2 pasal kanak-kanak mati lemas tu kan, aku tak berapa nak ambil peduli sebab busy uruskan hal semasa. X tengok berita langsung. Dapat tau pon daripada wasap member..

Aku pernah jugak melalui kejadian yang lebih kurang sama. Bezanya cuma, kereta aku waktu tu beraircond dan mmg aku yang cuai.

Klik sini untuk kisah itu.. http://honeysour00.blogspot.com/2011/09/sangat-mencemaskan.html

Dani dalam kete setengah jam terkurung pon aku dah cuak habes. Inikan pulak 5 jam yang tanpa sedar apa-apa. Ramai yang kondem Ibu adik Nawal Iris tu. Tapi tolonglah, mane ada Ibu yang nak anaknya jadi macam tu, termasuk aku.Jangan lagi ditambah-tambah kesedihannya. Aku tak dapat nak gambarkan macam mana Ibu itu nak hidup lepas ni..

Sedih..

Sejak kejadian tu, memang aku sentiasa berwaspada dan beringat. Nak keluar kereta even nak g isi minyak pon aku cabut kunci. Tak mau pisang berbuah 3 kali.. Kenapa  kali ketiga? Sebab Dani dah pernah terkunci dua kali sebelum ni..

Beringat2lah kita k!



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Nur Amalina


Aku ingatkan itu hanya fitnah semata-mata. Bila tengok kat Youtube ni barulah aku percaya sikit yang dalam gambar tu tak mustahil itu adalah dia.. Hurmmm..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Duit kertas baru


Cantik kan kaler nya.. Warna warni..:)

Wang kertas ni akan memasuki pasaran pada tahun 2012 nanti..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

GAMBAR JALAN DAN TANAH RUNTUH DI KUANTAN

Laluan memasuki sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di Seksyen 6 di sini runtuh sepanjang 70 meter malam tadi.



Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku hasil tindakan pantas anggota keselamatan menutup laluan ke stesen minyak itu dalam kejadian 10 malam tadi (13 Disember 2011). Lalu lintas tidak terjejas kerana jalan utama tidak ditutup.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Semambu, Datuk Phang Tsu Ming yang meninjau kejadian itu hari ini, berkata, kejadian itu berpunca daripada aliran air di bawah jalan itu yang menyebabkan hakisan dan runtuhan tanah di situ.
“Faktor hujan yang berterusan sejak akhir-akhir ini menyebabkan struktur tanah di bawah jalan itu tidak kukuh dan mendap secara tiba-tiba,” katanya.
Tsu Ming berkata, satu kajian akan dilakukan pihak perunding yang akan dilantik oleh syarikat minyak terbabit kerana jalan tersebut di bawah kendalian mereka.
Lagi gambar jalan runtuh di kuantan :




Pada masa yang sama, sebuah keluarga termasuk seorang warga emas nyaris maut apabila sebahagian ruang tamu, bilik tidur dan tandas tiba-tiba runtuh dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Charu, Jalan Sungai Lembing semalam.




Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, antara penghuni yang masih berada di dalam rumah itu ialah dua kanak-kanak bersama seorang dewasa manakala warga emas terbabit, Wan Mah Wan Ali, 70, tiada di rumah kerana mempunyai urusan di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).



Sumber : http://www.decrewz.com/gambar-jalan-dan-tanah-runtuh-di-kuantan/

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Sekadar utk renungan bersama....




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Trofi Kemenangan Yuna Untuk Lagu ‘Penakut’ Ditarik Balik

Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 telah menutup tirainya. Belum habis orang ramai bercerita mengenai kemenangan tiba-tiba lagu Penakut ciptaan dan dendangan Yuna pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 yang dijulang sebagai Lagu Terbaik telah menjadi kontroversi, apabila topik kemenangan lagu Penakut semakin hangat diperkatakan peminat, terutama di internet.
Trofi dimenangi penyanyi bertudung pada AIM lalu itu khabarnya akandi tarik balik. Trofi berkenaan, dengar ceritanya, akan diserahkan kepada pencipta serta penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.
Khabar itu juga ada menyatakan, kononnya ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang ditandingi. Selalunya, Lagu Terbaik akan dipilih daripada pemenang kategori Lagu Pop, Rock, Nasyid mahupun Etnik Terbaik.
Jika diikutkan, Lagu Terbaik AIM18 sepatutnya menjadi rebutan antara Sedetik Lebih yang memenangi Lagu Pop Terbaik, Pelita (Rock), Pedoman (Nasyid) dan Joget Tak Senang Hati (Etnik).
Apatah lagi lagu Penakut sebenarnya sudah pun tewas kepada Sedetik Lebih dalam kategori Pop, yang turut ditandingi Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah, Sungai Lui (Aizat) dan Dengarkanlah (Datuk Sheila Majid).
Tidak mengapalah, mungkin sehari dua ini, akan ada kenyataan rasmi yang bakal dikeluarkan pihak penganjur. Kita sama-sama tunggu dan lihat nanti. Dalam hal ini, Yuna yang sememangnya nampak terkejut ketika diumumkan pemenang pada malam itu memang tidak bersalah apa-apa pun. Dia sebenarnya mangsa kepada keadaan, jika betul trofinya itu akan ditarik balik.

Sumber : http://www.suarapeople.com/2011/11/trofi-kemenangan-yuna-untuk-lagu-%E2%80%98penakut%E2%80%99-ditarik-balik/

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Tempoh enam bulan tuntut insentif RM500

LABUAN 19 Nov. - Tempoh pembayaran insentif tunai RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah ialah selama enam bulan bermula Januari hingga Jun tahun hadapan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mekanisme tuntutannya dipermudahkan iaitu setiap individu yang layak tidak perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada ketua kampung atau pegawai daerah.

Menurut beliau, ketua isi rumah yang layak hanya perlu mengisi borang yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sama ada di kaunter atau secara dalam talian.

"Mereka yang layak hanya perlu mengisi borang dan membuat perakuan bahawa keluarga tersebut memperoleh pendapatan di bawah RM3,000.

"Kita terima bulat-bulat permohonan tersebut dan mungkin ada yang akan mengambil kesempatan. Namun kita sudah ada perakuan yang diisi oleh pemohon. Jika ia tidak benar, mereka boleh dikenakan tindakan kerana membuat kenyataan tidak benar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis bertemu kakitangan jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan sempena lawatan ringkas beliau ke Labuan hari ini.
Tambah Muhyiddin, rakyat yang layak menerima bantuan tersebut tidak perlu tergesa-gesa kerana masa yang diberikan kerajaan adalah lama dan mencukupi.

Ini kerana katanya, matlamat utama peruntukan hampir RM2 bilion kepada 3.4 juta isi rumah yang layak itu ialah untuk memudahkan orang ramai mendapat manfaat daripadanya.

"Ini jelas membuktikan Kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh membantu meringankan beban masyarakat yang berpendapatan sederhana dan ia selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara yang menekankan isu kos hidup rakyat," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam%5FNegeri&pg=dn_04.htm


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Suami isteri bergaduh gara2 bantuan RM100

Tu belum lagi kalau bantuan tu dapat RM1000 kan? Haishhh, janganlah sesekali pilih kasih antara anak-anak.. Mintaklah dijauhkan daripada itu berlaku dalam keluargaku.. Aminn.. Yang pasti bersyukurlah dengan apa yang diterima..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Heboh peristiwa langit “terbelah” di Pontianak



JAKARTA - Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat heboh melihat langit di atas bandar itu “terbelah” dua hari lepas, namun pakar astronomi menjelaskan ia bukan kejadian luar biasa.
Dalam kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal.

Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan), Thomas Djamaluddin berkata, fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.

“Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat,” Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah “crepuscular ray”, iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar.

Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata, penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari.

“Fenomena langit terbelah tidak ada kaitan sama sekali dengan cuaca melampau atau petanda bencana alam,” katanya. – Bernama



aku : ada orang cakap, kat sana dah banyak bala jadik, tu yang bila jadik benda2 macam ni dorang takut.. Wallahualam...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Ika pergi rombongan | Gambar Kemalangan Bas SMK Air Merah & Treler Di Behrang

Pagi tadi macam biasa, sampai-sampai ofis, on pc bukak berita harian on9.. Tu perkara wajib setiap pagi sebelum memulakan kerja.. Belum pun pukul 8 pagi ye..:)

Tang Berita Muktahir tu yang bikin aku cuak...

"3 pelajar maut bas terbalik"

Camtu la lebih kurang bunyi tajuknya..Terus klik dan baca dengan hati yang berdebar-debar..

Then, lega bila berita tu tulis rombongan sekolah dari Kulim, Kedah yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bla bla bla...

Sebab apa aku cuak? Sebab malam tadi pukul 12.00 tengah malam, adik bongsu aku, Ika telah bertolak menaiki bas ke Terengganu. Menyertai rombongan sekolahnya..

Fuhhh lega...

Call ibu tanya, Ika macam mana.. Ibu cakap Ika sampai Kuala Terengganu dalam kul 8 pagi tadi.. Syukur ke hadrat Illahi..

Teringat tarikh keramat juga tahun lepas 10/10/10. Ada kemalangan jugak kan? Yang kat Melaka tu..Klik sini..http://honeysour00.blogspot.com/2010/10/gambar-dan-video-kemalangan-ngeri-10-10_12.html

Kat bawah ni aku copy gambar pasal kemalangan tu dari blog http://suarabawahtanah.com/2011/11/11/gambar-kemalangan-bas-smk-air-merah-treler-di-behrang/




Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.
Kejadian pukul 4.45 pagi itu melibatkan sebuah treler muatan pasir yang melanggar belakang sebuah bas yang berhenti di tepi jalan. Bas yang membawa rombongan pelajar dan guru dari SMK Air Merah, Kulim ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.

Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Mayat mangsa-mangsa kemalangan yang melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, dibawa ke Rumah Mayat Hospital Slim River, hari ini.
-Kredit gambar dan berita kepada BERNAMA & pulak dah!



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Conrad Murray Didapati Bersalah Sebabkan Kematian Michael Jackson



Selepas enam minggu sessi perbicaraan yang memperlihatkan pelbagai drama, keputusan akhir tidak memihak kepada doktor peribadi paling popular ini.
Berita ini merupakan sesuatu yang akan tertulis dalam sejarah hiburan Hollywood dan dunia secara am’nya — buat selama lamanya.
Awal pagi ini, agensi berita seluruh dunia melaporkan yang mahkamah memutuskan Conrad Murray, bekas doktor peribadi Michael Jackson di’dapati bersalah menyebabkan kematian ikon pop itu sekitar tahun 2009 yang lalu.
Conrad Murray di’dapati bersalah menyebabkan kematian dengan tidak sengaja selepas memberikan dos ubat propofol secara berlebihan kepada Michael Jackson pada malam kejadian di Los Angeles.
Mahkamah telah menetapkan hukuman penjara empat tahun buat Conrad Murray dan kemungkinan besar lesen menjalankan khidmat perubatan beliau akan di’gantung.
Peminat & keluarga yang turut serta dalam sidang terakhir perbicaraan kes Conrad Murray ini berteriak gembira apabila keputusan di’umumkan dan tidak kurang juga yang menangis.


kredit to Rotikaya.com

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Tergempar : Marco Simoncelli maut ketika perlumbaan, Malaysia MotoGP 2011 dibatalkan

Rest In Peace Marco Simoncelli..



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Budak yang digilis!

Aku antara orang yang paling lambat kot dapat tengok video ni. Baru tengok malam tadi kat Youtube. Serius aku menangis terkedu lalu aku peluk Dani kuat-kuat... Tak sanggup nak tengok tapi ..........

Ke mana nilai perikemanusiaan orang yang lalu lalang tu hah? Budak kecil tu..sob sob sob..





Dikhabarkan yang budak tu dah  meninggal dunia...

Lepas tu baru dapat info ni..>>>

Di China, keadaan ini disebut sebagai kesan 'Peng Yu'. Sebelum ini, ramai mangsa kemalangan jalan raya, atau orang-orang yang telah jatuh sakit di jalanan sebenarnya berjaya menyaman orang-orang yang membantu mereka untuk sejumlah wang dengan mudah walaupun tidak ada bukti bahawa mereka adalah orang-orang yang menyebabkan kemalangan itu.



Sumber : Blog Aduka..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Alahai Berita Harian


Hurmmm.. tak bersimpatikah kartunis Zoy ini terhadap musibah yang menimpa Jepun? Boleh pulak dia buat main2 malapetaka tu.. Sampai kan CNN dah buat report yang suratkhabar Malaysia buat karton macam ni..


*dipetik daripada Berita Harian.


Love : AnaLyana

Malapetaka di Jepun (11/3/2011) adalah suatu ketetapan Tuhan : dan telah di nyatakan di dalam Al-Quran.

Assalamualaikum ,

1. Tarikh yang berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Juzuk 14 ayat ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

Ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. wallahualam bissawab..

Di persilakan untuk share. Bagi mengingati kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat..


sumber : Izamir Ridzwan

Tsunami dan Gempa Bumi di Jepun

Subhanallah...Itu yang mampu terucap di bibir apabila menerima khabar buruk ini. Ingat tak post entry aku yang ni.. Betul-betul ianya berlaku kan..Masyaallah..


japan-tsunami1
The 8.9-magnitude quake rocked buildings hundreds of miles to the south, sending petrified office workers into the streets in search of safety.
Transport services were crippled in large parts of northern Japan, while millions of homes suffered power outages. The self-defense forces said that between 60,000 and 70,000 people had been evacuated to 200 shelters in Sendai.
japan-tsunami2
It is too early to gauge the true extent of the devastation but footage from the worst-hit regions suggest the death toll could climb dramatically in the coming days.
International agencies, meanwhile, have issued tsunami alerts across the region amid fears that the waves could engulf low-lying Pacific islands.
japan-tsunami3
Several hours after the earthquake — the fifth strongest recorded anywhere in the world in the past century — police in Sendai said 200 to 300 bodies had been found after a neighborhood was overwhelmed by a wall of water.
A further 88 people have been confirmed dead and another 349 are missing.
The government declared a nuclear power emergency after reports that the cooling system at a nuclear facility in Fukushima prefecture, north of Tokyo, had malfunctioned. About 3,000 people living nearby have been evacuated, but officials in Tokyo said there was no immediate threat of a radiation leak. The International Atomic Energy Agency said all nuclear power plants in the affected area had shut down safely.
japan-tsunami4
Flames could be seen leaping hundreds of feet into the air from an oil refinery in Chiba, northeast of the capital, while a major explosion was reported at a petrochemical complex in Miyagi prefecture.
japan-tsunami5
Speaking to reporters after an emergency cabinet meeting, Prime Minister Naoto Kan said every effort would be made to “save the country,” and urged people to “stay calm.”
"The earthquake has caused major damage in broad areas in northern Japan," he said. ''Our government will make all-out efforts to secure people's safety and minimize the damage caused by the earthquake.”
japan-tsunami6
Yukio Edano, the chief cabinet secretary, said: "Our initial assessment indicates that there has already been enormous damage. We will make maximum relief effort based on that assessment."
Thousands of Japanese self-defense force personnel are heading to the quake zone and Japan has accepted offers of help from U.S. military forces based in the country.
japan-tsunami7
Rolling news coverage broadcast apocalyptic scenes of swaths of farmland in Sendai, nearly 200 miles north of Tokyo, being eaten up by a 30-foot-high tsunami. The wall of muddy water swept up homes, cars and even large boats in port as it continued its relentless journey inland.
Local media reports said the quake, which has been followed by as many as 50 strong aftershocks, has sparked at least 80 fires in cities and towns along a 1,300-mile-long stretch of coastline.
japan-tsunami8
Tsunami warnings remain in place along Japan’s entire eastern coastline, while meteorological officials have said that the region can expect strong tremors in the coming hours and days.
An unknown number of people are missing after a train was reportedly engulfed by incoming waters, and a ship carrying 100 people has been swept out to sea.
In Tokyo, thousands of spooked office workers faced a night in evacuation shelters after the quake crippled subway and train services. Bullet trains to the north of Japan have been cancelled and air services remain sketchy across the country.
japan-quake-tsunami9
“There was a great rattling as things started to fall off the shelves in my office,” Chris Bunting, a British resident of Tokyo, told GlobalPost. “Some of the other staff were yelping. Others of a more practical frame of mind were trying to hold the moveable things down. I just stood rooted to the spot.
“After the room stopped rattling, everyone in my ninth floor office started trying to get in touch with their families and friends. The telephone and mobile networks were down, but the internet seemed to be working. I eventually managed to contact my pregnant wife, who is due in a couple of weeks, by email chat.”
winn_tsunami10

Krisis Mesir Nasib Rakyat Kita

Lately, busy ngan pindah umah. Serius, tak amik port pun hal-hal semasa. Sehinggalah pagi tadi, aku bukak berita harian on9. Nampak tajuk berita yang pasal minyak akan melambung naik dan baru tahu Kisah Mesir ni. Bila baca semua berita yang berkaitan dengannya, aku tak rasa pun masalah Mesir ni akan jadik worse. Aku fikir krisis tu krisis biasa-biasa yang macam selalu aku tengok kat Buletin Utama part yang berita dunia tu je.

Sekali terjumpa link Blog ni. KRISIS MESIR NASIB RAKYAT KITA.

Setelah baca dan baca..

Masya Allah.. teruknya keadaan kat sana..

Kita sebagai rakyat Malaysia, tolongla support rakyat kita yang lebih kurang 11,000 orang terkandas di sana..Tolong suarakan kepada kerajaan supaya bawa mereka pulang ke tanah air..

Kerajaan Malaysia, tolonglah ambil tindakan yang sewajarnya. Sekian Terima Kasih!.


noted : emo ok baca rentetan kisah mesir ni..

lagi kisah Krisis Mesir :

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

7 Maut , 38 Cedera Dalam Kemalangan Bas Rombongan Terbalik Di Gombak Malam Tadi

Berdebar bila baca metro on9 pagi ni yang kes bas terbalik lagi. Kampung aku ade buat rombongan ke Melaka hari ni. Turut serta dalam rombongan tu, ibu dan adik bongsuku Ika. Dorang bertolak malam tadi kul 11. Nasib baik yang accident tu kat Gombak.. ape2 pun takziah pada keluarga yang terlibat..


GOMBAK: Tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah selepas sebuah bas rombongan dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, Kedah terbabas sebelum terbalik berhampiran terowong Genting Sempah, Kilometer 36, Lebuhraya Karak di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, bas yang membawa 44 orang termasuk dua pemandu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.
Ketua Polis Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat kerosakan brek sebaik bas menuruni susur keluar ke lebuh raya.
Katanya, sebaik tiba berhampiran terowong itu, bas berkenaan tiba-tiba gagal dikawal lalu melanggar penghadang tengah jalan sebelum terbaring merintangi jalan. “Tujuh mangsa yang maut akibat tersepit dan mayat mereka dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Bentong dengan ambulans. Dua pemandu bas berkenaan juga terselamat,” katanya. Enam mangsa yang terbunuh ialah Muhammad Yussof Akhit, 16; Muhammad Khairi Muhammad Marzuki, 14; Muhammad Firdaus Rosedi, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Muhamad Amirul Mohamad Isa, 13, dan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28. Seorang lagi mangsa terbunuh dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan identitinya belum dikenal pasti. Che Husin berkata, enam jentera bomba turut dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa tersepit. Sementara itu, Setiausaha Umno Baling, Mohamad Sani Mahmud berkata, rombongan itu ke Genting Highlands bercuti. Mereka bertolak dari Baling malam kelmarin dan ketika kejadian dalam perjalanan pulang. Katanya, mereka dipilih di kalangan penduduk berusia 20-an untuk bercuti. “Kami terkejut kejadian itu dan kini menguruskan jenazah untuk dibawa ke Baling bagi dikebumikan,” katanya. - Harian Metro

Gambar Di Tempat Kejadian. Sumber Dari Blog http://ondscene.my/







Al Fatihah Buat Mangsa Yang Maut Di Tempat Kejadian. Dan Di Harap Semua Mangsa Yang Cedera Parah Selamat.. Merilah Kita Mendoakan Semoga Mereka Selamat... Amin..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...