LABUAN 19 Nov. - Tempoh pembayaran insentif tunai RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah ialah selama enam bulan bermula Januari hingga Jun tahun hadapan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, mekanisme tuntutannya dipermudahkan iaitu setiap individu yang layak tidak perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada ketua kampung atau pegawai daerah.
Menurut beliau, ketua isi rumah yang layak hanya perlu mengisi borang yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sama ada di kaunter atau secara dalam talian.
"Mereka yang layak hanya perlu mengisi borang dan membuat perakuan bahawa keluarga tersebut memperoleh pendapatan di bawah RM3,000.
"Kita terima bulat-bulat permohonan tersebut dan mungkin ada yang akan mengambil kesempatan. Namun kita sudah ada perakuan yang diisi oleh pemohon. Jika ia tidak benar, mereka boleh dikenakan tindakan kerana membuat kenyataan tidak benar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis bertemu kakitangan jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan sempena lawatan ringkas beliau ke Labuan hari ini.
Tambah Muhyiddin, rakyat yang layak menerima bantuan tersebut tidak perlu tergesa-gesa kerana masa yang diberikan kerajaan adalah lama dan mencukupi.
Ini kerana katanya, matlamat utama peruntukan hampir RM2 bilion kepada 3.4 juta isi rumah yang layak itu ialah untuk memudahkan orang ramai mendapat manfaat daripadanya.
"Ini jelas membuktikan Kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh membantu meringankan beban masyarakat yang berpendapatan sederhana dan ia selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara yang menekankan isu kos hidup rakyat," katanya.
http://www.utusan.com.my/ utusan/info.asp?y=2011&dt= 1120&pub=Utusan_Malaysia&sec= Dalam%5FNegeri&pg=dn_04.htm

http://www.utusan.com.my/
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
No comments:
Post a Comment