Apa dosa bayi ini?
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
bhnews@bharian.com.my
2010/03/22
BAYI perempuan yang dijumpai di kawasan semak belakang sebuah pasar raya kini menerima rawatan di HRPB, Ipoh.
Bayi yang hanya berbalut dengan tuala mandi itu, dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat.
Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon, berkata bayi berkenaan dihantar ke bahagian kecemasan hospital berkenaan, kira-kira jam 8 malam.
“Pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan.
“Kami belum mengenal pasti bangsa bayi berkenaan kerana tiada sebarang nota ditemui bersamanya,” katanya selepas melawat bayi itu bersama Lembaga Pelawat HRPB. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.
Dr Rahimi berkata, bayi itu ditempatkan di Wad 6C untuk pemantauan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
♥ honey ♥
5 comments:
eee da la nak ngadong pon seksa... main buang2 je.. bodoh
bukan jahat,tp kejamm.binatang pon takde wat gini.
tahla.
ms dia ngandung le lak thn smpi 9bln..da beranak nk buag lak..bodoh xde akal la minah tu..
kejam laa diorg ni..ati binatang...
comeynya bb girl ni..bagi kat ina takpa..boleh tambah anak sorang lagik siot sungguh la mak bapak dia!tanggung la akibatnya kat akhirat nanti.
Post a Comment