Raya di perantauan nampaknya.. :(

Salam Ramadhan ke 29,

Kejap je dah 29 Ramadhan ye. Ramadhan dah nak meninggalkan kita.. Semoga panjang umur kita ketemu lagi di Ramadhan tahun depan. Aminn..

Buat pertama kalinya, Hari raya aku sambut di perantauan.. Huwaaa sedihnyaaaa... Ntahla, walau kata dah redha dah raya kat Putrajaya ni, tapi jauh di lubuk hati, Ya Allah, sakitnya dada tak dapat balik kampung raya ngan ibu ayah mak abah adik2 kakak2 biras2..konfem banjir rumah ni nanti di pagi raya...



Tahun ni patutnya turn aku, #TeamRayaPerak. Tapi apakan daya, akibat virus covid-19 yang sedang melanda satu dunia, makanya, kerajaan haramkan semua yang nak pulang merentas negeri untuk berhari raya. Sapa kata tak sedih. Tapi dalam masa yang sama bersyukur. Sebab dapat elakkan virus covid-19 tu dari ibu ayah mak abah. Kita tak nampak virus tu kan... Syukur jugak lagi, Ibu Ayah ada anak-anak lain yang akan balik beraya. Ika sedia maklumla, dia sejak PKP ari tu dia dapat balik cepat keluar dari UMP tu. Ijai plak rumah dia kat Slim River je. So le la balik Kg Gajah. Yang x dapat balik, aku, kakyang n Anep. Beraya lah kami di perantauan.


Ayah siap dah pasang panjut. Nampak ayah bersemangat buat panjut2 tu. Tapi cucu-cucu dia lagi 3 orang x dapat baliklah Aki.. T_T



Ika kata, kucing2 je la main kat luar. Selalu hiruk pikuk dah kat luar ni bising dek Dani Zara Iman dan Icha.. :D

Aaa rindu! 😭😭


Keliling rumah ayah siapkan panjut... bestnyaaa...


PERSIAPAN KAT RUMAH SENDIRI

Kat rumah, tiap-tiap tahun aku memang buat kuih raya yang simple2 je. hahaha, yang renyah2 mmg aku pangkah lah nak buat...

Biskut simple pada aku :

Cornflakes Madu
Biskut Cornflakes
Semperit

Tapi semperit tahun ni malas lah nak buat. Kita tukar ke biskut Mazolla..



Ika wasap, Ibu cakap, kuih raya selalu Along yang bawak, Along tu aku la.. huwaaaaa, memang pun. tiap kali raya, mmg aku yang bawak kuih raya, tak kira lah beli atau buat. kakyang n fyqa pun selalu gak bawak balik kuih raya. Ibu jangan sedih k, Ikan ada kat rumah tu, leh la buat kuih raya simple2 gak, Fyqa pun balik nanti, mesti dia bawak kuih raya kan...



Budak-budak ni dah boleh harap dah tolong buat kuih. Masa kat kampung, dorang pun rajin tolong nenek buat kuih untuk nenek jual. So, mama adun je, lepas tu korang tolong lah acukan ye..


Dapatla buat dua adun.. deme berdua tolong letakkan dlm tray..


While kuih sedang dibakar, mama buat ni. Teringin kuah kacang mak buat. Tak dapat balik, kita buat lah sendiri huwaaa...nangis lagi. Harap-harap menjadikla. Resepi google. 

Sekian, persiapan raya tahun COVID-19.



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

No comments:

Raya di perantauan nampaknya.. :(

Salam Ramadhan ke 29, Kejap je dah 29 Ramadhan ye. Ramadhan dah nak meninggalkan kita.. Semoga panjang umur kita ketemu lagi di Ramadha...