Zara Dah Darjah 1!


Alhamdulillah syukur sangat...

Zara dah selamat menghabiskan zaman tadika dia kat Tadika Al-Hidayah Maiwp kat Presint 9 nun. Dan tiba masanya dia melangkah ke alam persekolahan yang akan bertambah mencabar... Mama harap kakak dapat hadapi cabaran tersebut dengan baik. Apa-apa yang datang kakak pls senyum je dan cuba handle situasi okey...- tulis macam ni, macam la anak ko baca kan.. haha takpe, nanti dia dah besar dia baca la, kalau blog ni masih ada. InshaAllah.

so 28hb Disember 2018 ari tu, hari orentasi untuk Darjah 1.

Zara ni kan, perangai dia macam cepat bosan sikit tau. Masa dalam kelas, dia tunggu je bila la cikgu ni nak mengajar ni. Xde pun lukis2 kaler2 tulis2 dia kata.. hahaha. Memang la xde tulis2 kakak oi, hari orentasi hari kenal2 ngan cikgu dan kengkawan. Dia merengek2 nak balik... Eh sabar boleh? haha... 

Hari pertama sekolah pun dah lambat tau. Bukan anak2 yang lambat, papanya yang lambat.. T_T dah aku kelam kabut nak hantar dia ke kelas. sampai-sampai budak2 lain tengah beratur kat luar kelas, tengah baca doa. Zara letak beg n terus beratur. Dani dah besar boleh je dah tinggal kan dia kat kelas. Walaupun niat asal nya aku nak g kelas dia la nak amik gambar abang Dani Darjah 3. Tapi xsempat, Enady yang g hantar. Aku handle Zara kat kelas Zara.



Dah baca doa setel semua, baru masuk dalam kelas. Cikgu pun dah masuk. Xsempat nak amik gambar depan macam Dani dulu... Tu yang amik gambar di kejauhan je la...

Muka mama muka xshiat. Berair-air mata tahan selsema...

Time rehat. First day aku masakkan bihun goreng Dani nak. So dia makan bekal dia. Mama pantau dari jauh je. Dah habis rehat, kena beratur kat Dataran Ilmu.


Siap ada maskot bagai. Bagus la cara cikgu entertain anak-anak ni untuk datang sekolah. Gud job cikgu-cikgu. :)


Zara masa ni panggil aku.

Mama mama, sini jap... apa dia?

Kakak nak bukak tudung la. Panas panass...

kahkahkah... mane lah boleh kakak oi. Sabar sikit je ye...

pastu cikgu dia datang, bagi tau. Panas sikit je. Sekejap ye. Dan bertahan la dia sampai balik sekolah.

Lepas tu dorang masuk kelas dah, mama pun pulang. Aku amik cuti sehari je patutnya. First day tu. Tapi esoknya aku EL sebab demam batuk dan selsema. Balik rumah masak-masak pastu baring tunggu anak2 balik.


Cikgu share gambar-gambar sepanjang Minggu Transisi. Tudung zara dah ke laut. Dia mintak taknak pakai tudung sekolah pagi. Okeylah kakak, nanti sekolah KAFA wajib pakai tudung ye.

tu belakang sekali.

Waktu PJ.

Ni pagi tadi, ada bacaan Yaasiin. Kakak kata dia taktau, xpe kakak bawak je, dengar cikgu n kawan-kawan baca.



Berakhirlah sudah rambut panjang nya. Takpe kakak, nanti panjang balik kan.. :)




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥
Post a Comment

Zara Dah Darjah 1!

Alhamdulillah syukur sangat... Zara dah selamat menghabiskan zaman tadika dia kat Tadika Al-Hidayah Maiwp kat Presint 9 nun. Dan tib...