Family Vacation : Pulau Pangkor 2017

haiiih, banyaknye lah entry 2017 yang tertangguh.

ni salah satunya...

Agak lama kami adik beradik plan nak release sekejap dari hal-hal semasa ni. Ibu ngan ayah always la available je. Kitorang la, aku Ijai Anep Kakyang Ika... aku kena carik cuti yang panjang sikit dan cuti sekolah. Kebetulan nak bawak Dani sunat kat kampung, so kita pegi cuti2 dulu baru potonggg ye abang.. :D, Ijai plak keje shift, Hospital kan, so kena rancang awal-awal. Anep pun sama, keje shift tapi mostly memang dia amik koje malam je... bujang ape ade hal. si kok yang, hurmmm, customer services always lah mmg buhziiii kan memanjang kena deal ngan kelayen. kena booking awal jugak ini perempuan. Ika ni pulak, kdg weekend ade kelas ganti lah ape lah.. Tpi syukur laaa akhirnya, dapat jugak tarikh untuk together2 satu familyyyy... give me ten!

so tarikhnya adalah 25 hb sampai 27 November 2018. Kami booking kat Nipah Bay Villa, 3 bilik.



Gerak dari kampung dalam kul 10 pagi sebab nak check in kul 3, lambat-lambat sikit pun xpe sebab dokek je sejam perjalanan... Oh ye, aku dah balik kampung malam sebelum tu...

Makngah ngan Zara.. photobomb by Enady =p



Jeti Marina



Tiket (pergi balik):

Dewasa : RM14.00
Kanak-kanak : RM5.00
Bawah 3 tahun free..





Kitorang naik kat Jeti Marina. 10 minit je dalam feri. hahaha tak mo naik kat Jeti Lumut sebab lama.. dalam 20 minit camtu..


Cuti sekolah dah start, memang lah ramai umat manusia...








Sampai dah...




 Nipah Bay Villa, Teluk Nipah.





Ni bilik besar, ada 3 queen bed. Family aku, Kakyang, Anep, berhimpitla satu bilik ni hahaha... Ijai satu bilik n ibu ayah satu bilik.


Lepak-lepak jap depan bilik...Strategik jugak la biliknya sebab ada tempat lepak. Depan tu pun surau.. so banyak la ruang-ruang untuk kitorang sembang huhahuha... ibu ayah n ijai bilik dorang depan sikit.





Bila dah sampai, lapar lah masing-masing kan. bawak jugakla bekal sebab tau mesti penat dan lapar, tambah2 ada budak kecik.. Fyqa masak Mee goreng, ibu buat kuih ape ntah.. aku tak buat ape pun.. sebab letih giler sampai tengah malam tu... yg lain2 beli kudap2...

Ok, lepas rehat-rehat jap, lepas asar gitu, jommmmmm terjun pantai...pantai dari chalet dalam 2-3 minit je berjalan.
































 Masa kitorang sampai kat pantai, hujann lebat... huhu tapi pedulik apa budak2 ni hahaha, belasah je mandi dalam hujan lebat tu...

 Selesai aktiviti petang, balik la kami ke chalet... setel apa-apa yang patut, then keluar semula mencarik dinner.

Malam tu ada cerita yang mmg kami semua xleh lupa T_T Sampai sekarang pun still teringat-ingat...

Keluar ramai-ramai dari chalet.. Tapi ada yang jalan dulu...tak ingat sape. Anak-anak aku pun dorang ikut pakcik makcik deme.. tak tau ikut sape. Tapi mata aku memerhati la, ok semua ada... dani zara iman icha.. ok jom...

Sampai kat kedai first, ada tempat makan tapi xmuat... aku pun cakap kat kakyang n anep, carikla kedai lain.. ibu ayah ika dok la jap kat kedai first tu, ada kedai yang lain baru gerak keluar dari kedai first. Enady dah keluar ikut anep ngan kakyang.. aku tgk Iman pun dok berlegar2 kat aki n nenek, aku pun follow Enady carik kedai makan lain...

Jumpa kedai lain, then aku call ibu ayah ijai suh dtg kedai yang no.2 ni... ok bila semua dah duduk kat kerusi, Enady la yang perasan, Iman xde! Kelam kabut semua mencarik... Ayah dah jerit dah, Mane Iman! Satu kedai dah pandang-pandang... Aku Anep Enady berlari balik kat kedai yang first tadi yang jaraknya dalam 4-5 buah kedai je...

Airmata jangan cakapla... memang banjir dahhh! jantung berdegup laju gila!

Sampai je kedai first tu nampak dah orang berkerumun, n ada brother tu dukung Iman... Ya Allah Imannnnn.... Aku dah meraung kat situ... sambil peluk dia... dia pun menangis dah tengok mama papa aki nenek takde.

Brother tu cerita...

Iman main-main kat meja makan tu pastu bila dia pegi balik kat meja yang aki nenek duduk tadi, Aki ngan nenek dah takde. Pastu dia nampak sorang lelaki pakai kopiah. dia ingat tu Aki, dia follow atuk tu tapi dia baru perasan tu bukan Aki dia... okey aku taip ni pun laju airmata mengalir.. T_T sebakkk, kesian Iman tercarik2 family dia...

Nasib baikla brother ni perasan Iman.. Kalau orang lain kot yang ada niat jahat, taktau nak cakap apa... Brother ni try bercakap la ngan Iman, tanya mama papa mana... manelah Iman tau nak jawab apa.. dia dah takut dia nangis je la... Imannnn, maafkan mama Iman... Mama leka.

Rupanya, ibu ayah ingat Iman dah ikut aku carik kedai makan yang kedua tu... yang aku ngan Enady, mmg tinggalkan ngan anep ibu ayah... Masing-masing ingat Iman ada ngan sekian-sekian... Iman dah jumpa, xpelah amik pengajaran. Memang takkan leka lagi budak-budak ni.... Selalu dengar cerita orang je, sekali jadik betul-betul kat diri sendiri.

Nak makan pun xde selera. makan suap-suap gitu je la... Apa-apa pun syukur alhamdulillah semuanya selamat. Terima kasih kat brother kedai tu sebab jagakan Iman...


Part 2 nanti sambung.






♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...