Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 2


Ok sambung Part 2. 

Nak dekat 6 bulan peram Part 2 ni hahaha...

Hari pertama berlalu dengan masing-masing tidur dalam kepanasan... kipas slow, pastu kat Pulau kan, panas dia lain macam. =p Tapi okey je semua alhamdulillah. Berjaya diredahi sehingga ke Subuh. Zara pun xde banyak ragam sangat kena tidur bawah (extra tilam). Mujur la katak yg ada bawah katil tu keluar masa hari last.. hahahha, kalau tak, jenuh la Zara kena tido berhimpit ngan aku 2 malam. :D

Hari kedua diteruskan dengan kita pergi breakfast dulu kat Ewan's Cafe. Kena menapak sikit ke belakang. Pun okey je kena menapak, leh tengok pemandangan kiri kanan.



Akan lalu kat celah-celah Ombak divers ni. Mat Salleh banyak stay kat Chalet ni... Chalet ke??? Resort kot. Harga 1 malam memang agak mahal.


Cantik kan tempat dia, so bergambar la kitorang sebilik. Geng-geng lain dah gerak dulu.



Dah sampai Ewan's Cafe. Breakfast dia ala-ala mat salleh gak. telan je lah. Sedap.


Masing-masing muka dah lapo... =p 
Siap-siap pakai baju untuk aktiviti snorkeling.
Satu hari ni akan snorkeling kat 5 point.


Sementara tunggu bot untuk bawak kami pergi snorkeling. 


Manusia ramai jugak time tu. Kat sini aku rasa macam x adil pulak, mementang kitorang ni semua geng mak-mak, bot last2 n pakcik tua dibagi nya kat kitorang.. hahaha, improvekan sket bab ni yer, Perhentian Kravers. Sebab kami mak-mak ni kuasa pengaruh orang sangat lah kuat... hahahaha tapi kitorang okey je, pakcik tua bukan sebarang tua la... hahaha masih kuat dan gagah la hangkut kitorang sorang2 turun tengok penyu okey... hihi aku yang takut2 nak snorkeling mula-mula terus di heretnya aku kat penyu tu... terus jadik berani. nanti aku tunjuk gambar kat bawah...



Iman, Naurah, Zara. Aneem ngan Dada mane ntah time ni.


Cak! Kredit to Ena.


Ok dah naik bot. Tu pakcik yang kat belakang tu yang hangkut kitorang g snorkeling.


Me n Nurul.










First point pakcik tu bawak kat sini... tgk coral. tapi coral mcm dah banyak yang mati, tak berapa cantik sangat la...



Aku ni tak pandai snorkeling. Sejujurnya ni adalah first time. So, bila pakcik tu nak benti tengah2 aku dah cuak hahaha, kitorang decide benti tepi then mana yang pandai snorkle tu silalah pergi ke tengah berenang. aku terhegeh2 belajar pakai benda alah tu. Tak biasa lagi nak berenang pakai snorkle. kalau jaket keselamatan tu aku tau lah.. haha


Naurah, acik proud giler la ngan awak. tak takut langsung. Acik takut la... :D


Ni pun sama... Aneem... beraniiii... tepuk tangannnn sikit...👍👍👍👍


























Aku join fad je jaga bebudak keck ni.. hahaha.. xde kekuatan lagi... pakcik bot dah tarik aku pun aku tak berani.. merayu2 aku suh dia bawak aku balik ke tepi... hahaha.. penakut.. Zara pun aku tak bagi dia ke tengah. dok la diam2 kat tepi...


Nurul dan Ena...


Ok ni nak pegi check point kedua... Kat tempat di mana penyu selalu ada merayap-rayap pakcik bot tu kata...

Yang ni aku taktau la mana aku dapat keberanian untuk turun... hahaha... Serius best wey... Tq to pakcik bot sebab paksa2 aku turun.. tak puas hati betul dia bila kitorang ada yang tak turun... Kat sini zara pun turun... 


Nampak tak muka excited tu... hahaha

Nurul kat belakang aku tu cakap,, weyyy Ana jgn tinggal aku... hahaha...

ecehhh, dah berani sikit mulalah buat thumb up... =p













Cubaan untuk membuat bulatan... jadiklah asalkan bulat...hehe. Kat sini Iman anak si Fad pun berani haaa... selamba je dia pakai jaket tu je turun.. Zara dah pakai jaket pakai lagi pelampung... kihkih... pastu bila terlepas sikit tangannye, menjerit2 lak dia.. haha stress mak nak oi!



Check point ke-3 kat sini...


Tapi tak bergambar langsung...curik kat google je gambar ni...

Aku turun snorkle kat sini tapi... hahahaha pengalaman scary jugak kat sini... arus laju. Pakcik bot dah cakap jangan turun... tapi mak-mak ni degil nak jugak turun . cadang nak buat bulat lagi n amik gambar dari atas tu... hahaha cita-cita tinggi padahal berapa orang je yang pandai berenang...

Disebabkan arus laju dan tiba-tiba ombak datang, aku terhanyut jauh sikit dari bot... sorang-sorang.. wuwuuwuwu... cuak jangan kata la... cuba tenangkan diri n try berenang... tapi penat wey.. rasa macam ko dah berenang laju dah, tapi tak sampai2... :( Mujur ada abam Miyor, dia selamatkan ai. Tq abam Miyor... Yang yaya pun time ombak datang dia cam lemas sikit... Ash dalam perut time tu 5 bulan. So kawan-kawan yang lain selamatkan Yaya dulu. aku deme tak perasan yang aku dah hanyut... Mujur ada yang nampak.. tak ingat sapa... dia jerit, Ana weyy Ana... hahaha pengalaman mengajarkan, kalau orang tua cakap, jangan bantah ye. Sila patuh. Dia lagi lama hidup kat Pulau tu... :)

Check point Ke-4

Tempat ikan jerung.

Tapi pakicik bot kata shark tu baik. Tak makan orang... hahaha, tapi aku kan, of course la tak berani.. haha.. Turun jugak tapi tak pegi kat tempat yg aa shark tu.. Bot berhnti jauh sikit dar tempat shark. Pun tak amik gambar banyak. Kat sini aku amik video je. Video dalam air. Tapi malas pulak nak upload dalam blog ni. 





Saje upload, eh lepas pulak.. hihi... Kat Check point ke-4. banyak nemo fish...



Check point ke-5 : Romantic Beach. Last Check point.


Ni aku tak sure sape, tapi rasanya Fad ngan Yaya kot...

Again, cubaan membuat bulatan... hahaha tak habis-habis...









Jadikla daripada xde.. hahaha










Cakap tepon ke... :P

Zara dah sunburn.












Hai Ash Miqdad.. bonda hangkut awak ke pulau dari dalam Perut lagi tau... Nanti dah besar bawak bonda pulak ye...










si Farah, anak buah Na.


amboi Ena, cantik posing.. :)



Habis check point ke -5, maka balik lah kami ke pangkal jalan.. =p

Aktiviti malam ialah BBQ. yang dah include sedkali dalam pakej. Tapi BBQ dia, dia dah siap masak n hidang kat kitorang je...




Makan sampailah muntah... hihi...

Siang tu dah satu hari Snorkeling, malam mmg mencarik bantal je la... Penat.. Tapi best! Aku dah gian nak snorkeling ni wey... hehe...

Lupa nak cerita, antara check point tu weolls ada benti kat Pulau Perhentian Besar jap untuk lunch dan rehat sebentar. Then habis semua check point tu dalam kul 5 lebih...

Sekian, cerita Perhentian Part 2 : Hari Kedua.

Nanti sambung pulak Part 3, last inshaAllah... Bila? Doa-doakan lah soon... :)

Tq for reading!




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...