Dua Tahun Iman


Kek yang sama
Makanan yang sama
Tukang sponsor kek yang sama
Venue je lain
Dan orang bertambah lagi sorang
So semuanya 7 orang.
Sape lagi sorang?
Biarlah rahsia...hihi



 Aku ngan Enady pilih buat kat KFC Cyberjaya sebab kat situ tempatnya sangatlah tenang kalau nak buat makan2 like birthday party dengan membawa 3 orang askar ini... faham-faham je ler ye, anak semua tengah nak membesar, macam rumah sendiri dibuatnya KFC tu... Ruang yang luas dan orang tak ramai memang bagus untuk keselesaan semua tapiiiiii...

ok tgu gambar akhir sekali...







Bagi can tuan tanah kedaung nak interframe kat blog sendiri..:)


Tq banyak2 kat Makyang, yang sponsor kek...
Kek yang sama.
Entahla, tak tau nak pilih kek apa selain indulgence ni..
Ke korang rasa ada kek yang lagi sedap dari indulgence ni?
Bagi tau ai pls...:)


Balloon pun makyang yang sponsor. Tq again Makyang. Mama pesan balloon yang biasa tu je... Sekali Iman dapat yang ni... suka suka suka. Tapi dah la berebut lagi 2 orang tu.. adoi...



Ngan Makyang tak sempat nak bergambar... Sebab Iman yang dah tak mau duduk diam... hahaha sori la Makyang... tapi dalam video ada kan... hehe..



Nahhhh
Akibat melasak berlari-lari kat KFC tu... 
tak pandang depan, makanyaa...
dapatla hadiah 2 tahun kat bawah mata tu...
Hai lahhh Iman...
Iman... Iman...

So perkembangan dia bila dah 2 tahun ni :

- dah masuk school baru. Kat Taska PERMATA Kemas. Tq cikgu2 kat Taska Bijak Cerdik, INSPEN.
- dah petah bercakap
- dah boleh buat ayat paling banyak 4 patah perkataan
- melompat berlari memanjat semua dah. Tu yang dapat tanda 2 tahun tu.. hihi
- gigi mcm xde tumbuh baru.. mama kena maintain jaga gigi dia je. Payah nak gosok gigi budak ni. Kena paksa. Terpaksa lah ye baby sebab taknak dah mama masuk hospital teman abang operate gigi dulu...
- tantrum dia haha mampu berhuhu je lah... biasalah anak no3 tambah lagi kuasa dua perangai anak no.2... Ya Allah, Berikan mama dan papa kesabaran yang tinggi nak membesarkan anak2 ni.. :)
- Bercakap pun petah jugak dia ni... kdg tu xsangka dia boleh ckp benda yang kita rasa xbiasa bagi budak umur 2 tahun.
- mentor dia adalah kakak nya.... hahaha, apa kakak buat, dia akan ikut. Kakak suka melawa skrg, maka dia pun sama. apa yang kakak ada, dia pun kena ada. kalau takde, selamat menonton drama dia... hahaha..

ok tu jelah Iman.
yang mama Ingat.
Ada lagi kang, mama update.

lastly, happy birthday sayang... Muah muah... jangan kuat sangat jerit tu okey... :D




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥
Post a Comment

Lapar tak?

Hai readersku, Lapar tak tgk sandwich kat atas ni? Hehehe Tuan tanah tgh lapar ni... jom dinner uolls... Jangan lupa foll...