Thursday, January 7, 2016

Dia Teringat Kat Abang Dia

Pagi-pagi macam biasa la, aku ngan anak dara ni je dalam kereta nak pegi opis n sekolah dia. Sekolah dia dalam kawasan opis aku je... Abang dia ikut papa sebab senang tak jem pagi2 naik motor...

Masa cuti sekolah hujung tahun lepas, sebulan abang dia g sekolah sama ngan dia... Selalunya masuk kereta je dia akan baring kat seat depan tu n mintak bantal kat abang dia yang dok kat belakang tu...

Tapi dah start sekolah ni, dah takdela abang dia ikut sekali... 

Tiba-tiba ari ni dia masuk kereta nak baring minum susu, dia pusing belakang n sambil cakap, 

"Abang, amikkan bantal.."

Dua-dua terdiam pastu dia sambung cakap...

"Eh, lupa la... Dah takde sape nak amikkan bantal..." Sambil sengih2 n dia g amik sendiri bantal kat seat belakang...

Hikhikhik...

Zara teringat kat abang yer...Kawan main gaduh berebut bercekau menjerit gelak sakan main cikgu2, semualah...  :)



No comments: