Skip to main content

Makan Besar

Owh ni citer Jumaat minggu lepas. Pn. Noni treat satu unit nak makan2...Dah lama sangat plannya ni. Asal dapat date je, ada je halangan masing-masing tiba2 yang tak boleh nak makan sama... Anak Faz kena chicken pox la, Kakwan terlibat ngan sukan la, Bos emergency leave. Kak Siti, balik kampung.. Hehehe.. ade je la yang tak leh nak unite sama...

Akhirnya, minggu lepas on je. At first Kakwan kata ok dia join. Sekali dia punya bas dari Kajang takleh nak balik awal. Kakwan busy sukan. Disebabkan dah sampai pun ke IOI City Mall tu, so mana yang ada je lah...



So, ni je lah Unit PPPE yang ada. KakWan je yg xde. Untuk Kakwan, Pn. Noni kata next time dia treat Kakwan sorang plak.. Baiklah.. hehehe...



Dari kiri : tuan tanah, Kak Siti, Bos, Pn. Noni n Faz... 



Nak pilih tempat pun agak mencabar gak.. hahaha, mujurla ada kolig yang rajin men'try' makan kat sana sini... Faz la yang suggest makan kat sini sebab Pn.Noni kata nak makan western. Aku no hal westeng westeng ni hehehe... Selama pregnant dah nak masuk 8 bulan ni, itu jelah yang lalu masuk dalam perut. Nasi jarang-jarang. Sama ada masak sendiri atau ibu atau mak yang masak. Pastu dah tengahari kan, memang sebu la kalau makan nasik. nasik tu pagi2 boleh masuk lagi la...

Faz suggest New York Steak. Sebelah Dubuyo.


Aku minum ni, merangkap desert sekali ni.. Hahaha, sebelum tu mane nak tau nak makan kat Magnum...



Ni yang aku order : Rib Eye Steak with Mushroom sauce. Sedappppnyaaaa Ya Allah, hanya tuhan yang tau.. hikhik... Terasa-rasa lagi kat mulut ni... Cukup rasa lah semuanya...Juicy, daging lembut, kuah sedap, whippotato tu sedappp... Alaaa, jom repeat Faz... =p Oh ya, Harga RM27.90 150 gram.


Ni aku close up sket rib eye nya...



Merecik-recik uolls.. hihi, habis bau asap tudung kami...


Setel makan kat situ, jalan-jalan pusing-pusing, takde yang berkenan, sekali dibelanja lagi sekali asikrim Magnum... Pucuk Dicita Ulam Mendatang lah kan.. Nyumss!


Wefie sket!..:)




Buruk beno rupa makyong makan... =p


Saje try test amik shoot yang tengah in sekarang kan.. hihi..


RM9.90


Ok habis.. balik dengan semua perut buncet ke depan.. hehehe...

Tq Pn. Noni... Lain kali belanja lagi... Ok Next!... :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…