Skip to main content

KEPALA DAN TANGAN ANAK DIBELAH, IBU MERAUNG TAK SANGGUP TENGOK

Sharing dari NORAIZAH MOHD

Assalamualaikum,

Meskipun sudah terlambat mengikuti peraduan ini, sempena hari lahir anak saya Nuha Amanda (21.12), sungguh menggamit memori suka dan duka lantas terpanggil untuk berkongsikan cerita.

Semoga bermanfaat pada pembaca.
.

Sejak lepas umur anak saya 40 hari, bermula episode yang mampu membuat hati ibu dan abah tak terkeruan. Nuha alami masalah kulit yang serius. Jika di kampong Terengganu di panggilnya kenan. Semakin hari masalah Nuha semakin teruk. Klinik pakar, hospital, klinik biasa sudah tidak terkira kami bawa, demi nak sembuhkannya.
.

Tibalah umur Nuha 7 bulan, di kepala Nuha ada ketulan seperti bisul, Ya Allah besar sangat bernanah sedikit. Ya Allah masa tu, hati ibu dah tak senang dan bimbang. Air mata ibu dah tak tertahan nak.. Nuha lagilah asyik menangis. Pasti sakit ye anak kusayang, tika itu Nuha juga demam suhu mencecah hampir 40.
.

Kami bawa ke klinik berdekatan, doktor tersebut kata, ini tidak boleh dibiarkan kerana nanti kuman lagi merebak. Kami terpaksa belah sedikit untuk keluarkan kuman-kuman ini puan encik. Ya Allah, kepala anak ku dibelah macam tu je tanpa dibius sepenuhnya. Masih ku ingat raungan Nuha.. sama dengan ibu yang dah tahan tengok.
.

Selepas dibelah di kepala, dalam beberapa bulan selepas itu jadi pula ditangan. Ya Allah, sakit sangat ibu tengok, bengkak teruk tangan Nuha, sudah keluar darah juga. Allah sahaja yang tahu hati ini. Kami bergegas bawa Nuha ke hospital Serdang.
.

Sehinggalah saya mencari ubat apa terbaik untuk eczema, saya terjumpa testimoni Herbal Blend ramai sangat pakai dan kata ok. Saya cuba beli Herbal Blend dan sapu. Alhamdulillah beransur ok. Bila anak saya berumur 1 tahun, saya sudah mula bagi Meal Shakes, risau takut sejarah lama berulang, dibelah-belah.

Selepas itu saya berikan Vitamin C Chewable. Alhamdulillah syukur , Nuha semakin pulih dari eczema kroniknya. sekarang Nuha sudah 3 tahun. Masih ambil Meal Shake, Vitamin Chewable dan Herbal Blend untuk sapu di buat seperti losyen.
.

Alhamdulillah Allah menemukan saya dengan Shaklee, kita ikhtiar untuk sembuh, Allah menentukan setiap penyembuhan itu.

In Shaa Allah.

Kredit to :  https://m.facebook.com/Supermom-Shaklee-Story-893624304061199/

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…