Skip to main content

Happy Anniversary 5th Years!


resepsi belah perempuan

resepsi belah lelaki

nikah






Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke 5 tahun papa...

Terima kasih Allah, Ibu Ayah Mak Abah kerana merestui kami..Terima kasih di atas segalanya papa... Terima kasih juga kerana menerima segala kekurangan diri ini... Terima kasih jadi suami terbaik untuk mama, papa terbaik untuk anak-anak kita Dani dan Zara... Next? Owhh.. belum lagi ek.. hehe, lom dapat green light lagi atas sebab-sebab tertentu..:)

Papa, semoga papa sentiasa cool melayan karenah mama dan anak-anak yer.. haha... jangan pernah jemu...:)

Dah 9 tahun kita kenal, 5 tahun kita kawen, rasa macam baru je kita kelam kabut buat preparation nak kawen. Mama kot yang kalut. Papa always cool.. hehe.. nak nikah pon cool lagi sampai kena drive kereta sendiri sebab dah lambat nak sampai masjid.. haha... Cool lah sangat kan...

Terima kasih jugak teman mama dalam labour room di saat mama melahirkan Dani dan Zara. tak pernah satu saat pun papa tinggalkan mama.. sentiasa bagi mama semangat nak push baby kita.. :) Terer lah papa, tak mabuk darah pun.. Tengok kan macam mana mama melahirkan? mama harap papa selalu ingat detik itu dan sayang mama banyak2..:)

Susah senang kita sama-sama. Makin lama makin matang dalam mengharungi bahtera perkahwinan kita. Walaupun mama ni kadangkala degil sikit tapi jauh di sudut hati, mama dah cair dah kalau papa pujuk tu, cuma mama tak terluah nak makan dek pujuk.. hehe.. ego ek orang kata...tapi at last mama cair jugak kan.. haha...

Saling melengkapi. Mama habis duit papa topup.. papa habis duit mama buat tak tau jek.. haha, xlah kan papa, mane pernah mama sanggup tgk papa tak de duit.. Ade duit sket, kita share dua.. Takde duit, dok diam2 situ.. hehe.. Takpe, ade je rezeki kita kan.. yang penting kita usaha.. chaiyok papa.. lagi 2 bulan je ni satu beban kita habis... Bertahan lah..:)

Ok suami ku sayang... *malewwnakcakapdepan2*

Mama akan sentiasa mencintai menyayangimu insha Allah selagi hayat dikandung badan. Andai mama pergi dulu, jaga amanah kita baik2 yer... Jangan lupa sayang mama setiap hari...

Doakan kebahagian kami.. Terima kasih. 

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…