Skip to main content

Let's Get Fit 2014 by Supermom


Tak Cuti

1 January 2014. Ramai yang dok sibuk mengulit mimpi lagi kan di pagi Tahun Baru 2014. Aku tak. Haha, siap2 macam biasa. Macam nak pegi kerja. Anak-anak pon sama. Tapi bukan nak pergi keje. Pegi tempat mengusik kenangan lagi mengusik jiwa.. Hehehe.. Taman Tasik Shah Alam!!! Nasib baik anak2 sangat memberi kerjasama.. Dengar mama dok cakap, "ok anak2, jom bangun mandi. Kita nak g taman..." Hooo, bukan main gembira lagi anak2.. Hati mama lagi gembira....:) Gembira dapat jumpa aura-aura positif saya sebenarnya..=p






Ber'Line Dancing'

Kira suprise jugak lah pagi tu. Haha.. Aku sorang jelah yang rasa mcm suprise.. Sebab aku tak tau Line Dancing tu apa. Padahal Mami Hadhatina MKB dah siap2 tulis kat tentatif. Hihihi.. Rupanya macam ala-ala aerobick tu.. Best!! Memang keluar peluh segala..Yang lagi best, dia punya team, semua geng2 baya mak2 kita tu.. Perghh cargas..:)





Time To Makan-Makan

Haaa, masa yang ditunggu-tunggu... weee... Actually kami pakat2 bawak potluck. Nak tau aku bawak apa.. hihi.. aku bawak durian...=p Berbau satu taman tu dengan durian aku.. Kebetulan Hari Isnin tu aku baru balik dr kampung kan.. Durian tak masam lagi, so sedaplah..:) Macam-macam makanan lagi ada.. nasi lemak, kuih2, kek, eii, macam2 lah.. Bila gathering ngan team Shaklee ni, tak sah kalau xde makanan sedap-sedap..:)




Amanat 2014 Dari Nanny Hadhatina MKB 

Lepas makan-makan, acara diteruskan dengan amanat dari nanny comel aku. Nanny Hadhatina MKB. Kagum dengan semangat beliau. Tak lokek share ilmu. Walaupun dia jauh nun di atas di puncak kejayaan, tapi aku rasa aku sangat dekat dengan dia... Rasa macam ....x dpt digambarkan dengan kata-kata. speechless. Kebetulan sekampung pula kita yer mami..:) Macam-macam pesan beliau. Yang paling terkesan, don't give up. Istiqamah hingga ke akhir mane yg kita nak, Insyallah manis akhirnya..:)
 
Nanny Hadha

 
sampai tertido Zara..

Team Shaklee Yang Sangat Awesome!

Serius, bila jumpa mereka-mereka ni dan berada di sekeliling mereka, rasa semangat tu meluap-luap. Macam video Cool Runnings - Pride.. https://www.youtube.com/watch?v=_Gqwi7Y96sk klik kat link ni.. Hahaha.. RASA BERTUAH SANGAT berada di bawah payung naungan mereka... Macam-macam aktiviti yang dapat dimanfaatkan.. Terima kasih Nanny Hadha dan MKB, Mak n babah aku, Mak Ainul dan Babah Faiz, anak-anak team AMAZING saya... walaupun jauh di mata, korang tetap kekal di hati mami...Sayang semuanya... Terima kasih kerana menyokong saya hingga saya ke tahap ini.. Perjuangan akan diteruskan hingga ke akhirnya..:) Airmata jatuh juga...T_T


Ngan mak saya.
Anak saya yang hebat!
Anak & Cucu.. in real life, dorang ni biras..:)
RMC Team!
Jiha, adik beradik saya dalam RMC
Sempat jugak Dani ni buat perangai..=p

Keluarga besar Supermom!

 Wanna join me like this.. X susah, senang je, Bayaran RM75 seumur hidup. Sihat dapat, duit dapat (yg ni kena rajin usaha), kawan baru dapat, ilmu dapat, aktiviti dapat. Ape je yg xdapat... :)



Your Amazing Shaklee Distributor,
Nurliyana
Hp |  0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB Page : Dani Dania Store






♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…