Mealshake : Untuk kanak-kanak yang kurang berat badan



Anak-anak susah nak makan? Sama macam anak aku.. Dani susah betul nak makan. Kalau makan pun secoet je. Pastu dah tak nak dah. Susu susu susu je pagi petang siang malam. Badan pun dah tak chubby macam dulu. Rindunya badan dia yang dulu..

Aku jumpa solutionnya. Mealshake Shaklee. Aku baru 3 hari je consume kat Dani Mealshake ni. Aku taruk satu sudu teh dalam susu dia setiap pagi, tghari dan malam. Sikit je pun. Perubahan dari segi bentuk badan belum lagi kot. Tapi dari segi dia mintak nak makan tu, adoi la.. kadang-kadang tension aku. Haha, anak tak makan risau, anak nak makan pun risau. 

Bukan tension apa pun. Cuma bila aku tengah susukan Zara, time tu lah dia mintak nasik. Hai lah anak, adik ko dah meraung-raung ni mintak nenen. Aku suh sabar jap. Nakkkk jugak. Terpaksalah heret adik dia sekali suap Dani makan nasi. Kadang-kadang aku bagi je dia makan sendiri. Tapi tau-tau jelah bila bagi makan sendiri ni, ke tempat lain je yang lebih kalau tak dalam mulut kan..

Hebat jugak penangan Mealshake ni. Sebelum ni aku dok sua Appetton, tak jalan. Scott Elmulsion pun tak jalan. Sama je. Tu yang ikhtiar Mealshake ni. Rasa pun sedap. Macam ice cream Vanilla. Cuma yang beza, dia dalam bentuk serbuk. Kena bancuh.

Sebenarnya, kena soalan padu dari Enady. Hahaha.. 

"Mama ni, asyik suplemen itu ini. Takpe la. Bagus. Tapi untuk mama. Untuk anak takde?"

Hambek ko.. Maksudnya janganla nak sihat sensorang. Anak-anak diabaikan. :)

Nanti aku share lagi perubahan positif dari anak aku sendiri k.. Jom kita tengok testimoni dari pengguna-pengguna lain plak..

 

Mealshake ni bukan sahaja sesuai untuk anak-anak, malah untuk orang dewasa juga terutama untuk mereka yang sukar telan ubat. Sangat sedap dicampur dengan susu segar mahupun apa-apa minuman lain. Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Sumber 

 Kalau korang google pun banyak lagi testimoni2 yang best pasal Mealshake Shaklee ni..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...