Skip to main content

update

Nak update sket pasal entry semalam yang hectic life tu.

Terlupa nak share.

Enady aka husband ku itu bukanla tak tolong satu ape pun kerja rumah. Means bukanlah dia duduk bersenang lenang dan aku sibuk uruskan rumahtangga. Tidak.. Dia adalah orang paling rajin mengemas. Yang selalu dok kemas rumah tu adalah dia. Aku? Dua minggu sekali kot baru aku sapu sampah, mop lantai, susun itu susun ini. tapi bila dia rajin, so, rumah aku akan 24 jam nampak kemas. Kecuali kereta-kereta mainan Dani yang sangat bersepah itu sampai kadang2 aku terpijak lalu patah dan Dani menangis. Haha. Tulah, sape suruh letak merata. Sakit wooo bila terpijak mainan Dani. Aku pun berlakon menangis jugak. Diamlah dia. Sambil dok termenung tgk car dia yang patah. ngehngeh..

Sampah atas lantai, susahlah sikit nak ada. Kecuali bahagian dapur. Yang itu memang dia surrender. Plus dia malas nak kacau tempat aku masak. Takut nanti dia susun-susun, tiba2 bila aku carik barang tu, barang tu takde. Hehe.. Dia kalau mengemas, memang takkan jumpa dah mana dia letak. Tu kalau kita carik sendiri la. kena tanya dia, mane dia letak barang tu.

Habis.

Dan pagi ni, aku rasa pagi yang busy antara pagi2 yang lain. Haha. Kisahnya begini..

Malam tadi Ijai ngan wife datang. Aku tak tau dia nak datang dan aku dah masak nasi 3 pot. Eh, dia ada call tapi aku tak angkat sebab hp ntah ke mana kalau aku dah balik umah. Ijai datang bawak baha2 nk masak mee. Makanya, nasi yg dh masak tu cadangnya nk buat nasi gorenglah pagi ni.

Kunci jam pukul 5 pagi. Bila berbunyi, rasa awal lagi. Plus Zara pun tido lagi. Snooze kan dulu 10 minit. tak lama lepas tu Zara bangun. Susukan dia jap. Dan dia sambung tido balik. Aku bangun dan teruskan kerja-kerja.

First, susu Zara. Susu Zara yang dah dicairkan masuk dalam botol. Pastu, Dani pulak terbangun. Mandikan dia. Dani dah biasa mandi pagi2. Sejuk pon takde hal. Dani dah siap2 mandi, bagi dia susu dan tgk tv. tup tup dia tertido. Aku pulak mandi then solat. Then pergi dapur, siap2kan bahan nk buat nasi goreng. Kejut Enady suh bangun. Sambil masak sambil aku pakai baju. Pagi ni carik baju yang tak payah iron. Beg baju Zara n Dani tu malam2 sebelum tido aku dah siapkan. Nasi goreng dah masak ngam ngam kul 7 pagi. Ada masa 30 minit lagi tu aku basuh pinggan, kemas umah sket2 susun mainan Dani.

7.05 pagi, Zara bangun. Poo poo rupanya. Alang2 mandikan sekali lah. Anak dara tu pun aku biasakan dia mandi air sejuk je. Mula2 dulu memang dia menjerit kaw kaw bila kena air sejuk. Lama-lama dia ek ek sket je. Ibu kata elok untuk tumbesaran tulang baby. Cepat tegaplah. mandikan n siap2kan dia. 7.20 pagi dah bukak pintu semua. Kejut Dani yg tido tadi. Semua dah siap 7.30 pagi turun bawah.

Perghhh! Berpeluh sikit bila laju2 buat keje. Tapi puas hati bila semuanya teratur. Hantar Zara kat BS pun dah siap wangi. Seronok je rasa. Dani pun aku sempat suap makan nasik goreng tu sebelum dia masuk school.

ok entry nak cepat. Dah lunch time. babai.
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
3 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…