Karya Sayu | Sentuhan Terakhir





Terasa sayu bila menonton iklan ini. Seorang isteri sanggup mempercepatkan proses kelahiran anaknya melalui proses 'caesarean'semata-mata untuk memberi peluang kepada si suami menyentuh buah hati tanda cinta mereka sebelum meninggalkan dunia untuk selama-lamanya.

Jelas kelihatan, kasih sayang seorang isteri tidak berbelah bahagi kepada si suami. Kasihan mengenangkan seorang anak yang baru lahir bakal membesar tanpa mengenali kasih sayang seorang ayah. Pilu melihat air mata si ayah bergenang menandakan hati hiba untuk meninggalkan keduanya. Tapi apakan daya, takdir penentu segalanya. 

Oleh yang demikian, hargailah setiap detik bersama insan-insan tersayang. Selagi mereka masih berada di dunia. Jika ditakdirkan suatu hari nanti mereka meninggalkan kita. Usahlah menyesal meratap hiba.

Sayangilah dan hargailah Ibu, Bapa dan Anak-anak kita kerana mereka adalah anugerah Allah SWT yang tidak terhingga buat kita semua. Baik buruk mereka, terimalah dengan seadanya. 

Sumber 

 mama Muhammad Dani Emir ♥

2 comments:

AdaM Hawa said...

sangat sayu.. teringat bonda di rumah..

mashitah ismail said...

sedih baca entry di atas..
kecian baby tu nnt tak dapat rasa kasih syg seorang ayah :(

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...