Teluk Senangin + Lumut

*Entry ni patutnya keluar pada Hari Isnin yang lepas.. Tapi ntah kenapa dia jadi draft... so, abaikan persoalan yg last sekali tu ek..

****************


Kisah percutian sekitar Disember lepas.. haha, percutian lah sangat kan..

Time ni hujung tahun lepas. Masa balik Perak nak amik Dani.. Cuti lama kan.. So, berjalan berjalan berjalan, sampailah kami kat sini. Plan awal memang nak ke Teluk Batik. Tapi plan ke lautttt sebab banyak sangat plannya.. Haha, kejap nk g tengok ayah aku main helikopter kat Batu Gajah nun, pastu dah siap-siap, hujan pulak. Ayah pun cakap ayah dah nak balik sebab sana pun hujan.. Semua dah siap, Enady ngan Dani dah masuk kereta dah. Last-last capai je apa yang boleh, jom ke pantai aku cadangkan. Tak de bawak makanan ape pun.. Waktu tu dah pukul 4 petang. Redah ajelaaa..


Nak pegi Teluk Batik, konfem ramai orang. Plus aku pun selalu pegi situ. Then decide pegi Teluk Senangin je. Aku pernah sampai kat situ tapi time lepas SPM dulu. Tu pun sekali je..:) Carik dalam Papago lah jalan nak ke sinun.. Agak jauh jugak dari Teluk Batik. Rugi masa dah..


Sampai-sampai orang ramai jugak. Tapi tak secrowded kat Teluk Batik. Boleh lagi parking. Dan yang bestnya, parking leh sampai tepi pantai. Kalau kat Teluk Batik, jauhhhhh ko kene jalan sebelum sampai kat pantai ye.. Penat! Ada tapi lagi ni, setelah dianalisa, aku rasa kat Teluk Batik jugak yang best sebab bersih sikit. Teluk Senangin kotor la kawasan tepi pantai tu. Banyak gile lalat.. Tak sanggup aku duduk lama2..


Dani lawak... mula-mula aku hangkut dia kat tepi pantai, punyalah penakut air.. Asal ombak tu datang je, menangis-nangis suh aku dukung. Sekali bila dah keluarkan pelampung dia pastu papa dia pun ada temankan mandi sekali, langsung tak mau naik-naik dah.. Bercinta jugakla nak ajak dia naik..


Suasana petang... Tak damai sebab ada lalat dok berterbangan..=p


Aku lepak-lepak je ngan Ibu n Kakyang. Enady, Dani n Ika dok mandi laut..


Dani sekarang sudah semakin sukar untuk dipelowk pelowk.. Dia rimas!..





Taktau nak buh caption ape dah.. Hehe..Lepas lepak kat Teluk Senangin tu, lepak-lepak pulak kat Lumut..



Ibu n Kak Yang

keluarga kecil kami.

Sekian...:)

Selamat bercuti.. Korang masih lagi bercuti kan..:?

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

3 comments:

Unknown said...

comel jer family ni.ho ho...moga2 sentiasa bahagia! :)

Unknown said...

alolo bulatnya dia!!! geram sungguh aunty tengok!

~daRLee ZuRiS~ said...

Teluk senangin kat ne ek ana?
Tak perasan lak.padahal kitorang slalu ke lumut.huhuuu

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...