Skip to main content

First Day Dani @ Taska


Baru ada can nak update cerita pasal Dani masuk Taska hari Rabu hari tu. Mak bizi sangat lah!

Bangun pagi dia dah biasa. So, takde masalah. Lepas aku bersiap, turn siapkan dia pulak. Pukul 6.45 pagi dah setel. Tunggu papa dia bersiap pulak. Budak tecik tu bukan boleh tengok aku pakai tudung, merengek-rengek mintak nak keluar, suh bukak pintu. Tau dah bila pakai tudung tu tandanya nak keluar rumah naik kereta..:)

Sampai opis, turun cafe. Aku belikan nasi goreng dan hash brown. Masuk je taska, Dani teruja sebab luas bebeno..=p Plus persekitaran taska tu ceria. Ada kaler-kaler dan gambar-gambar. Budak-budak lain tengah tengok cd. Suap dia makan sambil dia berjoget-joget layan nursery rhymes tu. Habis satu polisterin! Syabas bete!.. Senang hati aku tengok dia makan banyak.

Habis makan, aku cakap ngan dia "Cepat amin mama, mama nak pegi work"

Amin..amin jugak.. tapi mulalah episod berjurai-jurai air mata dan mama mama nak ikut aku pegi work.. Sayu hati beb, dengar dia panggil mama mama tu! Tapi kentalkan hati je lah.. Cikgu dia dukung dan bawak tempat lain.. Sabar ye nak, tak lama pun mama tinggalkan awak kat bawah tu..:)

Kat ofis aku ada jugak 3-4 orang yang letak anak kat bawah. Kak N masuk lambat sikit. Masa dia nak hantar anak dia, Huzaifah kat taska, Dani tengah menangis lagi. Tapi kejap je. pastu dah diam.. Aduhai anak..

Petang, tepat-tepat pukul 5. aku turun amik dia. Nampak dia tengah makan.. Dia nampak aku je, terus berlari nak peluk.. alolololo anak mama ni.. so sweet lah! Teruja nak balik..Haha..

Sekian cerita Dani di hari pertama Taska Khazanah... Sadis cerita di hari kedua.. aduyaii..

Aku harap Dani akan cepat adapt dengan persekitaran baru dia..




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
5 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…