Monday, November 21, 2011

RagamSuami : Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal



Malam tadi lepas balik dari lepak kat kedai mamak Presint 9 tu, aku ngadap citer Fantaghiro kat TV9 tu dan Enady layan Youtube.

Tengah-tengah layan Fantaghiro, aku terlelap.. mamai mamai. Tapi tak la lelap sepenuhnya. Tiba-tiba terdengar suara orang nyanyi. Haha, first time dengar orang tu nyanyi. Siapa lagi? si suami tu lah... Aku diamkan diri dan dengar sampai habis dia nyanyi lagu kat video atas tu. Dia tak perasan aku dengar suara dia..haha.. Not bad!...

Selama aku kenal dia almost 6 tahun ni kan, langsung tak pernah dia menyanyi. Ajak pegi karaoke pun tak nak. Pernah sekali tu, belum kahwin lagi. Pegi dating la kat Summit USJ nun. Pegi tengok wayang sebenarnya. Lalu depan tempat karaoke. Aku merayu-rayu ajak pegi karaoke. Bertuahhh la dia nak masuk.. Akhirnya, muncung sedepa masuk keta..Haha..kenangan dulu2. :)

Amat bertentangan dengan minat aku yang suka karok ni. 6 tahun tak pernah jejak pusat karaoke dengan dia. Selalu aku pegi ngan kengkawan je lah.. Last time pegi tahun lepas, kat Kulai nun ngan officer aku.. Haha, jauh kan.. actually mase tu attend kenduri kawen bos aku. Tido sana kat Hotel Sayang. Tengok2 ada tempat karok. Harga murah gila..Satu kepala RM18 tak silap. Karok la sampai lebam.

Ok, sambung balik citer pasal si suami tadi..hehe.. Bila dia dah habis nyanyi, dia pandang aku kat sofa.. Erk, kantoi! Haha.. Terus aku cakap, sedap suara papa nyanyi...haha, termalu-malu dia.. Boleh pun nyanyi, pa.. Nanti kita g karok nak..Terus ajak tu..haha..

Macam biasa, jawapan dia, taknak lah. Malu..Ceh, nak malu apa ngan mama ni..

Suara tak sedap katanya..

Hurrmmm, takleh nak kata apa..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

1 comment:

Fitri Senin said...

karok kat rumah jela pun boley