Thursday, November 17, 2011

Proud Of You Ika!!


Result UPSR dah keluar baru kejap tadi..

Terus call Ibu, Ibu tengah menangiss!!

Dalam menangis kegembiraan itu, Ibu bagitau Ika dapat 5A...

Wow!! Tak sangka... Baru je call dia malam tadi, aku tanya dia..

"Rasa-rasa Ika dapat berapa UPSR esok ni?"

"Ntahhh, 4A 1B kot"

"Aik, apsal ada B? Bukan target 5A ke"

Dia gelak je...Nervouslah tu!

Tapi dalam hati aku pun ada rasa sikit cuak, sebab masa dia exam bulan 9 hari tu, Ika ada cakap yang dia tak konfiden dengan paper Math, sebab soalan objektif ada 1-2 soalan yang tak sempat jawab. Aku siap mimpi malam tadi, result dia 1A 4C..Tu yang pagi berdebar-debar..Mujur ada Dayan tolong ingatkan, result dah keluar..

Hurmm, mula dah berfikir-fikir hadiah apa nak kena bagi ni..:)

Tahniah again Ika!!

Kat sekolah dia, 3 orang je dapat 5A.. Sekolah luar bandar kan.. Masa Kak Yang dulu, di sekolah yang sama, Kak Yang sorang je dapat 5A..

Arghh, rasa nak terbang balik kampung, nak peluk-peluk dia..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

1 comment:

Sue_Echan said...

CONGRATS TO ADIK KO ANA.. HOPEFULLY DAPAT MASUK SKOLAH BERASRAMA PENUH.. INSYALLAH...