My scan review *UPDATED



Scan appointment on last Friday. 30 September 2011. Pukul 8 pagi janjinya Tapi pukul 10 pagi baru dapat masuk. Biasalah tu..Tak sah kalau tak 2-3 jam. Haha.. Nasib baik ada wifi. Idakle boring bagi orang yang hp nya not a smart phone macam aku ni..wee..

Sebenarnya, perasaan aku berdebar-debar bila melangkah masuk ke klinik ni. Sebabnya, sebelum tu aku baca blog AishahRahim pasal 2 cerita yang dikongsi oleh silent readernya. Kalau tak silap aku, 1 kes baby Najla. Satu lagi kes baby yang tiada tempurung kepala. Maaf, sebab link blog Aishah sudah diprivatekan. Tak dapat nak share kat sini. Tapi memang dua cerita itu bikin aku teresak-esak menangis.

Scan berjalan lancar. Cuma doktor kata baby aku ni macam 4 bulan. Padahal masa aku scan tu sepatutnya on 18 weeks. Baby aku mengecil 2 minggu. Tapi aku ada reason yang boleh diterima pakai. Aku bagitau doktor, sebenarnya aku kurang pasti the first date yang aku last period tu bila. Doktor cakap, takpe, 2 minggu lagi kita jumpa untuk scan confirmkan tarikh. Lagi satu, doktor cakap uri awak ni kat bawah sikit, takpe nanti 7 bulan nanti dia akan naik balik sebab uri tu belum terbentuk habis lagi. Haishh, risau jugak bila uri kat bawah ni. Doktor suggest jangan buat kerja berat2 dan rehat dan tidur yang secukupnya.

Lastly, masa aku nak keluar tu sempat lagi aku tanya doktor, "Err, tempurung kepala baby ada kan doktor?"  Doktor tu nampak blur and senyum. Dia jawab, "secara kasarnya tengok pada saya scan tadi alhamdulillah ok semuanya."

Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah...

Maaf pada sesiapa yang baca entry ni dan merasakan ayat yang aku tanya doktor tu kelihatan agak tidak sopan..

Updated! 

Post a Comment

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...