Untuk mu sayang

Semalam terlepas banyak topik terlepas kat UB. Sadisnya.. Kat opis FB kena block, kalau nak balas pun boleh kat email je lah.

Tengok-tengok geng UB buat topik pasal husband..Seronoknya baca kisah korang..:)

Hari ni my turn. Saje nak buat jugak. Takde hal kan?

Kenal husband tahun 2005.Kawan gedebak gedebuk bulan Februari 2008 bertunang. 07 Jun 2009 kami disatukan. 11 Mac 2010, anugerah dan amanat dari Allah diberikan kepada kami. Alhamdulillah, sekarang menunggu masa dan ketika menanti kelahiran anak kedua. Syukur padaMu Ya Allah di atas kurniaan dan rezeki yang Kau limpahkan kepada kami..

6 tahun kenal husband, banyak dah kami tempuhi bersama. Yang paling sabar dalam menangani masalah sudah semestinya husband. Nama pun ketua keluarga kan. Isterinya ni hanya kuat merajuk. Haha, tapi tu masa awal-awal kahwin dulu. Sekarang, tak kuasa dah nak merajuk sebab dia dah malas nak pujuk. Last-last baik sendiri..=p

Cuma sekarang ni aku rasa lebih bahagia tambah-tambah lepas tau aku mengandungkan anak dia yang kedua.. Haha.. Panggilan mama tu dah bertukar ke sayang. *blushing* Bila aku tanya apsal sayang pulak ni? Dia jawab, entah..spontan je. Tapi still la menggunakan perkataan mama tu. Cuma bila dia kejutkan aku dari tidur, ajak aku makan, bila aku termarah Dani dan lain-lain tu baru dia panggil sayang. Terasa romantik sangat..

Masa megandungkan Dani.:)

Ok ku dedikasikan buat mu suamiku, (balik keje nanti aku bagi dia baca)

Terima kasih kerana menyayangi, menjaga, membelai diri ini. Membajai bibit cinta dan kasih sayang kita yang semakin hari semakin bercambah. Ku akan sentiasa bersamamu di kala susah senang. Semoga kita akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat..i Love u so much forever n ever..~~ dari hati isterimu yang tulus..:)

2 comments:

Zana Adieyza said...

romantik!!!

kalau diizinkan Allah zana pregnant, agaknya encik adiey panggil zana "baby" lagi x eh?? hahahahaha..

antalya said...

wahhh..sejak menjak pregnant lg ni yur hubby tambah romantik eh.bestnya

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...