Mama sayang kamu sangat2 Dani!

Rasa mahu menangis pagi ni. T_T

Malam tadi Dani sangat cranky. Aku tak tahu sebab apa. Semua serba tak kena. Nasib baik aku tak ikut papa Dani pergi ke rumah kakak iparku yang baru bersalin untuk hantar buai dan breastpump kat Nilai. Kalau tak, mesti malu kat rumah orang dia buat perangai.

Aku ajak dia masuk tidur sebab dia dah mengamuk-ngamuk. Then, baring atas katil. habis susu sebotol turun dari katil menuju ke pintu. Menangis suruh kita bukak pintu. Begitulah diulangnya 2-3 kali. Susu habis macam tu je tanpa dia tidur. Selalu bagi susu sebotol confirm dah lena. Ni tak..Huhu, bila nak tidur ni sayang. Aku betul-betul mengantuk dan rasa pening kepala sikit. Nak baring je..

Kali ni mabuk rasa macam agak teruk sikit. Mungkin sebab ada budak kecik tu kot yang perlu kita pantau dia. Dulu masa first pregnant, takde sape kan, so aku banyak tido je lepas balik keje.

Bila dia dah mengamuk tu, aku ada la termarah dia. Lagi kuat dia menangis. Aku jadik lagi tertekan.. Kami sama-sama nangis.. Sorang duduk bucu sana, sorang duduk bucu sini. Hati jadik luluh bila dia datang kat aku then peluk sambil nangis dan sebut mama.

Uwaaaaaaa, aku takleh lupa saat itu. Maafkan mama sayang. Sampai ke sudah mama menyesal. Kalau Dani besar nanti Dani terbaca ni, mama minta maaf  sayang. Mama tak sengaja. Betul-betul tak sengaja.

Bila papa dia balik dari Nilai tu, langsung tak mahu ngan aku. Nak ngan papa je. Berdukung. Ngan aku langsung dia tak mahu pandang. Lagilah hati aku ni sedih..

Pagi ni masih jual mahal lagi dengan aku. Aku tak mahu lah dia anggap aku ni seorang ibu yang garang. Aku nak dia happy bila dengan aku. Namun, masih ada batas-batas lah antara anak dengan ibu kan.

On the way nak pergi ke kereta, baru dia nak senyum dan salam dengan aku. Aku peluk dia sekuat hati. Sampai kena lepuk ngan dia. Haha, dia rimas. Ok Dani, Dani dah maafkan mama kan.. Ok chill..:)

Rasa malas nak kerja. Nak duduk ngan dia 24/7. Nak main-main ngan dia. Sebab nak tebus kesalahan semalam. tapi apakan daya, aku kene kerja juga.. Dan tak sabar nak tunggu pukul 5! =p

pagi tadi. Barulah dia ceria..:)
Post a Comment

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...