aktiviti di hari minggu

daun -daun yang berguguran besar besarrr..

Sejak aku bersalinkan Dani, mana ada aku bawak dia g jogging lagi. termasukla aku ngan enady. Mane ada g jogging dah. Kalau hari minggu lepak umah saja dan layan anak..:)

Sekarang Dani masih lagi di kampung. Enady pulak cuti hari ni. Tak bekerja. Kalau tak, sejak keje baru ni, asyik keje je Sabtu Ahad. Kak Yang pun keje Sabtu Ahad. Jadinya, aku hanya melepak di rumah. Tak pun stay kat opis. Ngadap keje-keje yang pending. Dan bila pagi-pagi Ahad dikejut bangun pagi, aduiii..malasnya nak bangun. Dah en.suami ajak kan, harusla dengar kata. Tapi dengan 1 syarat. Lepas g jogging, carik durian..uwaa.. teringin sangat nak makan durian ni. Kat kampung takde berbuah. Padahal, dusun durian orang lain. menambun-nambun durian tau. Pandang sebelah mata je. Huhu..

Port kali ni, we all decide nak jogging kat Taman Putra Perdana. Ingat nak g Tasik Cyberjaya tapi rasa tak syok pulak sebab takde Dani..:) Last-last masuk jelah simpang naik atas bukit Shang Ri La nun. First time sampai sini. Agak teruja la sebab pemandangannya cantik. Track untuk jogging best dan mencabar. Memang mencabar. Naik bukit turun bukit tu..Fuhhhhh.. Bawak anak-anak pun best. sebab ada playground yang besarrr.. Aku siap terbayang-bayang time bawak Dani nanti..:)

boleh tinjau satu Putrajaya. Siap nampak blok umah aku lagi..:)

Plaza Mercu Tanda.

aku tak tau bunga apa ni. tapi cantik sangatttt..

teringin nak bawak Dani jalan-jalan dan main-main kat sini..tunggu mama tau..:)
Last sekali, durian takde ye. Uwaaaaaa... jenuh dah pusing Bangi ngan Sg. Merab nun. Nan ado! Maybe sebab pagi lagi kot. Atenye, baru kul 10 kot..:)

Sekian cerita hari minggu aku. Lepas ni nak siap-siap ke KL. Ada urusan seri paduka baginda kat sana..=p

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...