Pelangi di Putrajaya


Gambar ini dirakamkan oleh aku sendiri pada jam 7.15 malam semalam. Lokasinya belakang apartment aku kat Presint 11 tu haa. Mase tu aku tengah otw nak parking kat depan. Terus berhenti, capai kamera laju2 dalam beg. :) Dah lama tak nampak pelangi dengan mata kepala sendiri. Sejak aku dok Putrajaya ni hampir 4 tahun, tak pernah jumpa lagi Pelangi kat sini. Semalam baru jumpa. Lalu ku titipkan di sini sebaga kenangan. :) Cantik kan kurniaan Allah? Walaupun tinggal sikit je Pelangi tu nak habis. 


Sedikit info mengenai kejadian Pelangi. Kredit to Wikipedia.


Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrumcahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialahmerahjinggakuninghijaubiruindigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.


2 comments:

.:Mama Dhia:. said...

sangat suke tengok pelangi..lame x tengok..

Zana Adieyza said...

zana pun xpernah lagi nampak pelangi kat putrajaya ni.. susah gak sebenarnya nak tgk pelangi ni.. jarang2 kan..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...