episod luahan hati

Tolongla, pada siapa yang harus aku luahkan isi hati yang terpendam sekian lama? Pada suami, dia hanya mendengar tapi tidak dapat membantu, kuranglah sikit bebanan apabila dia setia mendengar luahan isterinya ni. Tetapi takkan hari-hari aku nak cerita pasal masalah aku ni? Sebab, masalah ni hari-hari aku kena lalui. Nanti bosan pulak dia..:)

Pada kawan-kawan, aku tak rasa diorang dapat bantu aku selesaikan masalah ni. Sebab diorang pun ada komitmen lain. Dan mesti tak ada masa nak dengar masalah-masalah aku. Serius, aku takde kawan baik. Ada kawan baik tapi dah jauh. Susah nak kongsi cerita dengan dia. Dia pun ada family sendiri.

Pada ibu ayah, aku tak mahu menyusahkan hati diorang. Tapi kadang-kadang aku akan cerita juga..bila masalah itu dapat diatasi.

Arghhh..sakitnya jiwa dan raga.. Sampai bila harus begini? Berteka-teki.. Aku pun tak pasti. Hati orang kita tak tahu kan.. pendam sajalah nampaknya.. ataupun aku yang harus berundur...


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
2 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Tanda-tanda nak bersalin

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP