Skip to main content

Dani 8 bulan



Genap Muhammad Dani Emir hari ni 8 bulan..

bulan ni belum check up lagi. aku tak pasti bila tarikh untuk checkup 8 bulan..haha..buku rekod dia dalam kete la..

perkembangan dia sepanjang 8 bulan ni..

1) paling terbaru, habit dia sekarang adalah suka main sembur2..huhu..habis air liur dia kena muka sape2 yang dekat ngan dia..dulu mase umur dia 3 bulan adela jugak main sembur2 tapi tu sekejap je..mase tu lah kan yang rambut banyak gugur tu kan..sekarang takde pun gugur rambut..

2) dah mula nak buat aksi panjat memanjat...hari tu dah berdentum sekali kat lantai..seb baikla tak kuat...

3) lasak..tak mo duduk diam..dan suka perhatikan keadaan sekeliling..petang2 lpas balik keje, aku selalu bawak dia lepak kat tepi tembok umah aku tu..ade budak2 kecik main bola..dani suka tengok bola tu..bila bola tu kat atas, mata dia ikut je bola tu..pastu, tiba2 buat aksi geram ke teruja ntah..haha.. kecik2 dah pandai nak main bola ye..:) sabo ye, bila dani ade kaki nanti, mainla bola puas-puas..

4) pandai membebel dah... perkataan yang dia selalu sebut.. vavavava, babababba, tatatattata, ade sekali tu, dia nangis nak susu, dia boleh sebut sambil nangis..maaa maa maaa.. hahaha..bila suh ulang balik, dia macam blur... tersyasyul ye dani..kihkih..

4) baru 2-3 hari ni perasan, dah pandai lepaskan tangan sebelah masa menonggeng-nonggeng tu..merangkak belum lagi..

5) yang ni aku paling teruja.. makin laju mengesot.. pantang aku letak satu bende yang dia belum pernah nampak..laju je nak capai barang tu.. tapi bende favourite dia adalah remote astro.. pantang aku letak kat atas tilam tu... cepat je tangan dia dah dapat..remote astro kan kaler2..hehe..

6) yang ni pulak, aku rasa macam alahaiii la anakk.. pagi2 dani memang bangun sekali ngan aku. kul 6 pagi ok dia bangun.. selalunye, papa dia mandi dulu, pastu baru aku.. bila dia nampak je aku masuk toilet, serta merta dia akan menangis...tula pasal alahaiii anak....mama nak g keje ni..nak mandi... terpaksala aku buat dia susu, pasang tv, bukak channel 611 tu..volume kuat-kuat.. hah..baru senyappp..lehla aku mandi pulak.. papa dia kul 6.30 pagi dah cabut g keje..

7) perasan jugak ni, bila aku start je bagi makan bubur nasi, badan dia nampak cam kuat sikit.. bubur tu kadang-kadang aku campur ngan kentang, ikan bilis, carrot, brokoli, bayam.. tapi bak kata pengasuhnya, jangan citer-citer yang badan dia dah semangatlah apelah.., kang susut balik kang,...so, aku diam2 je.. tapi aku cerita kat sini sebab nak rekodkan perkembangan dia 8 bulan ni..

8) suka sengih...hahaha..tak kiralah ngan sape, kalau orang tu agah dia lama sikit..haaa..mulalah sengih dia tu panjanggg je..hihi..

9) suka kaler merah...aku hantar kat BS dia, satu beg untuk baju dan satu lagi paper beg untuk nestum, bubur, susu, dan air masak. paper bag tu kaler merah...kalau dia dah dapat pegang papaer bag tu, pastu kita amik taruk tempat lain kan..mula mengamuk-ngamuk nak bag tu.. adeiii... suka kaler merah ye dani...

10) rambut nye dah panjang balik..adeii, nak potong ke tak ek..

itu je kot perkembangan dia...nanti bila dah check up aku apdet lagi berat dia berapa ek.. teruja nak tau berat dia berapa..sebab dah terasa cepat je lenguh tangan ni bila dukung dia..upppsss..yang ni pun tak elok cakap berat.. nanti kurang berat.. cakap semangat takpe.. kate orang dulu-dulu..:)

jom tgk gambar sebelum dia lahir sampai la kepala dia botak..haha

petang di opis sebelum dipaksa malam tu admitted masuk wad..

malam pertama ku di hospital..sehari sebelum bersalin..
malam kedua kat hospital baru bersalin..

sejam lepas bersalin.. mase ni dah siap jahit semua.. tgh tunggu bila la nak hantar balik masuk wad..

dani sejam lepas lahir..

hari pertama aku bergelar ibu.. terima kasih kawan-kawan opis yang datang melawat..

hari pertama dani

hari kedua dani

hari ketiga dani : on the way balik kampung..tgk tangan dia tu, kuat betul dia melepaskan diri dari bedung..

hari keempat dani

hari kelima dani

hari keenam dani..

hari kelapan dani

hari kesembilan dani..

hari kesepuluh dani..

hari kesebelas dani..: sudah botak..hahaha

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…