Kursus Bahasa Inggeris (Intermediate)

pada asalnya, aku nak menghadiri kursus ni sebagai syarat untuk cukupkan 7 hari je. untuk makluman orang yang keje gomen, kene cukupkan 7 hari berkursus setahun. kalau tak cukup ianya akan mempengaruhi LNPT (laporan nilaian prestasi tahunan) yang akan dijalankan setiap tahun.

aku punya kursus sebelum ni hanya ada 4 hari sahaja. bila hadir kursus ni tambah 3 hari. jadik dah cukupla kursus aku tahun ni. nak lebih pun takde masalah..syarat minimum je 7 tu..:)

kursus bermula 6 oktober hari rabu. dari pukul 8.30 pagi sampai la jam 4.30 petang.

hari pertama :

aku mula rasa keseronokan belajar bahasai Inggeris ni. mula-mula aku macam takut lak. yela dah lama tak speaking London kan.. pastu kan, kebetulan pulak pagi tu mase on the way nak g ofis, tajuk Hot Chat kat Hot Fm tu ialah mengenai Bahasa Inggeris. sebab hari rabu tu adalah hari kedua PMR berlangsung dan paper Bahasa Inggeris. laju je tangan aku ni taip sms untuk hantar ke hotfm tu. elok-elok je aku dah hantar kan, terus dj tu baca. kalau tak silap AG yang baca. sebut nama penuh pulak tu. aku rasa aku dah bagi nama Ana je mase hntr sms tu. malu den tau..hikhik..

pastu bila dalam class, madam lak tanya "sape yang call hotfm pagi tadi, cakap yg dia ade kelas bahasa inggeris?" adeii.. kawan aku lagi baik hati dan budiman telah tunjuk kat aku yang hantar sms tu. lol betul.. satu kelas dah tau..hahaha..


dan ade jugak rakan-rakan fb yang terperasan nama ku disebut..hihi...

adeii, baru hantar sms dan kepochi satu dunia..dah dah dah..=p

hari pertama biasa lah kan..introducing yourself.. speak in English.. hehe.. so, belasah ajelah kan.. janji madam tu paham..hahaha.. memang berhabuk sungguh lah haii..

kursus ni lebih kepada communication.. tubuhkan satu kumpulan and semua kerja adalah dalam kumpulan...teamwork is the first..dapat jugak kenal ngan kawan baru. yang sebelum ni main langgar-langgar bahu je, but lpas ni siap leh sembang2 lagi kan..haha
game ni popular jugak dalam banyak-banyak kursus yang aku pegi. ala yang susun-susun pastu nanti boleh jadi huruf T, huruf L, segiempat sama. so, bila suruh buat, kumpulan aku siap dulu. yey!..

HARI KEDUA :

pagi-pagi tu madam bawak kitorang g satu taman ni. taman wawasan nama dia. terletak belakang bangunan MOF. sebelum ni hanya nampak je dari jauh. tak penah pegi pun. dan pada hari kedua tu, peserta semua dikehendaki explore the park. bagus jugak kursus ni ek, dari langsung tak pegi, terus dapat pegi. besar jugak taman tu. ade jugak aku ambik gambar kat keliling taman tu. tu later aku story ok.. tajuknya Taman Wawasan...hehe

see..madam sangat baik tau. mostly, peserta speak with the broken english. but she still can accepted that. seronok... dengar kerenah peserta-peserta lain cakap omputih ni. asyik nak gelak aje..haha...

HARI KETIGA :

hari ketiga best. madam suh pilih satu lagu omputih. nyanyikan dan buat gaya berdasarkan lirik lagu tu dan juga kesimpulan tentang lagu tu. feel karok kejap..hahaha.. group aku pilih lagu leaving on a jet plane. aku rasa nyanyi je lebih, gaya nan ado..hahaha..


akhir sekali, penyampaian sijil dan sesi bergambar ramai-ramai...




with madam pauziah hassan. best madam ni..kelakar..

sapa yang nak buat kursus bahasa Inggeris, korang bolehla contact www.imsteqsolution.com

sekian terima kasih...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...