hehe..letak tajuk 26 tahun dulu, sah-sahla umur aku ni dah 26 tahun..haha..
aku dan ijai..umur pada mase ni adalah 4 tahun kot..
aku ngan ayah kat taman tasik titiwangsa. umur : setahun kot
26 tahun dulu, bertempat di Lourdes Medical Centre, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, tepat jam 7.10 pagi, ibuku selamat melahirkan puteri sulungnya yang sangat comel..adeii, terpuji diri sendiri pulak..sowii..=p
tak pastila hospital swasta tu ade lagi ke tak...yang pasti adik beradik ku semua lahir kat situ kecuali yang bongsu, Ika. dia dilahirkan setelah keluargaku berpindah ke Kg. Gajah, Perak. Nama je anak jati KL ni tapi bila dah jalan semakin lebar, LRT dah ade, aku jadik buta jalan.. yelah, mase kitorang pindah, mase tu baru nak buat semua2 tu.. LRT free yang dulu pun aku tak sempat merasa tau.
13 tahun membesar di Kuala Lumpur ni.. pelbagai suka dan duka. darjah satu sampai darjah enam sekolah kat SK Klang Gate..ala yang tepi jalan kat MRR2 tu kan..sempat setahun kat SMK Wangsa Melawati - Form 1. Pastu pindah Perak. atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan.
Tahun 1998, bermula lah kehidupan ku di tempat yang baru pulak. Kampung belah ayah aku. Kg. Gajah, Perak. Pekan Kg. Gajah ni terletak di antara Teluk Intan dan Bota. sape tak tau sila google ye..hehe.. daripada Form 2 sampailah Form 5 aku sekolah kat SMK Dato' Seri Maharaja Lela tu. habis SPM, aku bekerja sementara kat Ipoh sampai bulan 5 tahun 2002. bulan 5 sampaila bulan 12 aku keje kat KFC Teluk Intan sehinggalah aku menerima tawaran belajar kat UiTM hujung tahun 2002 tu. 2002 sehingga 2005 bermaustatin lah aku kat UiTM Seri Iskandar, Perak tu. amik kos Diploma Fotografi.
tahun 2006 grad juga akhirnya. tapi mase tu keje susah nak dapat kan.. lalu, aku try keje kat kilang buat bumper kereta. 2 tahun aku kerja kat situ. kat situ jugakla aku jumpa cinta hatiku..=p
bulan 7 tahun 2007, rezeki sekali lagi menyebelahi ku. tunggu-tunggu keje yang related ngan kelulusan tak dapat-dapat. last2 aku sambar je kerja gomen ni. sampaila sekarang. ade jugak 2-3 kali aku g exam n interview untuk keje yang related dgn diploma aku, tapi tak de jugak kunjung tiba..
lama-lama skill aku tembak-tembak guna kamera hilang macam tu je.. edit-edit pun dah tak berapa nak cantik dah..tapi gile bergambar makin menjadi-jadi skil nye..hahaha.. tambah-tambah dah ada anak ni, lagila dok suh anak tu jelah yang jadik modelnye..hikhik..sian dani.. baru 7 bulan, cd-cd gambar dia dah menambun dah..hadeii..ko layan ajelah mama ko ni ek dani..
ok berbalik pada kisah hidupku, pada 9 februari 2008, aku ngan enady mengikat tali pertunangan. 7 Jun 2009 kami berkahwin. 11 mac 2010, kami dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama muhammad dani emir bin ahmad zaidi.
Pantas kan masa berlalu.. sedar tak sedar dah 26 tahun umur aku sekarang..setelah melalui pelbgai dugaan dan cabaran, aku menjadi lebih kuat untuk menghadapi cabaran2 yang mendatang..
harapanku di hari ulang tahun ku ini.. semoga aku menjadi orang yang lebih berjaya daripada yang sekarang ini...
jutaan terima kasih yang mendoakan kesejahteraan hidupku, panjang umurku, diberkati hidupku.. terima kasih banyak-banyak. aku berusaha sedaya upaya untuk membalas semua wish2 yang ditulis dalam facebook...
lagi sejam, nak habis dah 22 Oktober 2010, sebelum terlupa, terima kasih aku ucapkan kepada ayah dan ibuku kerna telah melahirkan aku, membesarkan aku, mengajar ku sehingga tak mampu nak balas jasa baik mereka.. terima kasih ibu dan ayah. along sayangkan ibu dan juga ayah, tak lupa keluarga kita..:)
sekian...
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
No comments:
Post a Comment