Tanda-tanda nak bersalin


sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
note untuk aku :
aku due on 19 mac 2010....tapi tanda2 awal nk bersalin aku dah rase...
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. ( tak rase lagi...gatal2 tu ye..)
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing ( ni stat 7 bulan dah kerap dah...)
  • sakit perut, memulas ( 2-3 hari ni mmg aku selalu sakit perut memulas )
  • kerap buang air besar ( bila dah perut dah memulas..konfem aku akan ke toilet utk melabur..)
  • kerap terkentut ( hahaha..yg ni enady selalu bengang ngan aku..sebab selalu terkentut depan dia..hikhik..sori papa )
ade lagi aku jumpa :

sumber dari : sini

Haaaa... saya baru dapat 1 komen dan soalan dari seorang pembaca yang sudi menghargai blog saya ..terimakasih banyak..
Mungkin ramai ibu-ibu kat luar sana juga mempunyai soalan yang sama..

Soalan pembaca blog saya:

"i am pregnant about 8 and 1/2 months. the thing is lately i perasan the keputihan dah tukar into stain yang kaler cokelat and it does smells like blood. itu pun tanda tanda nak bersalin ke? baby pon dah pusing half i guess dia dah melintang sekarang. kaki pun da agak slalu kebas kebas. hampir dah ke masanya. ee cuak tol"

Ok..kat sini saya sediakan sedikit info mengenainya..
Apa pun kita semua perlu faham yang Lain Orang Lain Gayanya ..
Antaranya tanda-tanda nak melahirkan ialah:

1.Lightening (tak sure orang Melayu kita sebut apa)
  • Ini mengenai proses di mana anak akan bergerak turun ke bahagian pelvis.
  • Kita panggil proses ni sebagai 'lightening'.
  • Biasanya ia berlaku beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin.
  • Masa ni ibu-ibu akan lebih kerap rasa nak kencing sebab uterus kerap menekan pundi kencing.

2.Pengeluaran lendir atau mukus
  • Ini berlaku apabila serviks mula nak terbuka.
  • Mukus atau lendir yang dikeluarkan akan keluar melalui vagina.
  • Warna lendir tu ada yang pink, ada yang tak berwarna dan ada yang seakan-akan darah.
  • Waktu ni anda mungkin dijangka bersalin lebih kurang lagi 1 minggu atau 2 minggu.

3.Contractions ( Kontraksi)
  • Sewaktu contractions, abdomen atau perut si ibu akan mengeras..
  • Di antara selang masa contractions berlaku, uterus akan relax dan abdomen akan lembut..
  • Tapi contraction ni berbeza dari satu wanita dengan wanita yang lain.
  • Dan juga berbeza pada kelahiran yang berbeza..
  • Melahirkan anak pertama tak akan sama dengan melahirkan anak kedua dan seterusnya..
  • Biasanya contractions ni akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan pada belakang dan bawah abdomen di samping tekanan dalam pelvis..
  • Contractions ni bergerak macam gelombang dari atas uterus kemudian ke bawah uterus
  • Alah..lebih kurang rasa macam senggugut la..tapi rasa sakit lebih sikit laaaa..


♥ honey ♥

6 comments:

Amieynna Amin said...

sy xkawen lagi..
tapi suke baca blog org2 yg pregnant.. hehe..
akak da ready ke?

Anonymous said...

good info for my wife..thank you

Anonymous said...

blh kata semua yan awak tls adalah benar...
Umi pd minggu 37,, dh kerap buang air besar dan terlalu kerap buang air kecil..
mlm tu sakit pinggang, sikit je...
besok pg dh pecah air ketuban..
Tp constraction kul 12 mlm baru rasa

..Fi..Fibi..Fea.. said...

baru pas baca info awk..anyway tahniah dapat baby boy..dah besar dah ek..
now sy dah 37++ weeks..x tau nak ckp camna tentang discharge yg keluar tu..kadang2 warna putih..ade skali tu lendir melekit warna ijau kekuningan..tapi tak gatal n doc kata normal..
pastu kat tundun ni mmg dah sakit la sgt2..mcm nak pecah..punye la seksa nak bejalan..kelmarin..kaki dah start bengkak..sakit perut plak,baru start smalam rasa nak terberak jek..mlm smalam ade la 2 kali membuang..kencing mmg kerap la..tiap2 mlm 2 kali bangun..pinggang plak takde la sakit2..pastu pagi tadi ade la rasa sakit kat kiri bawah perut ni..bile la agaknye sy nak besalin kan..takuuuuttttt..

Unknown said...

Good info :) sekrg 37 + dah.. semlm kluar drh plus lendir.. tp prt x skit lngsg.. huhuhu

Unknown said...

Assalamualaikum..sye hamil 34minggu skrg nie..due 10.4.16.sye positif gbs dan baru sje kluar wad.krn contraction 10minit skali..mse dlm wad,sye dbri suntikn untuk mtangkn paru2 bb dan ubt thn skit serta antibiotik.skrg bila dh kluar hptal..contraction tu msih ade dan rse skit d punggul ,krem d bwah perut,kluar lender pekat mcm gam dan urat kaki timbul..adakh ini mnandakn yg sye akn brsalin pra matang..kerap kentut dan kerap buang air kecil dan besar..berpeluh2.trima ksh

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...