khasiat susu kambing


terbukti kesannye...ingat tak yg aku dulu pnah sakit kulit tu...ala...bukan skit tapi gatal tu...
aku try la minum susu kambing fresh ni...segar dari ladang tau...siap pegi lagi ladang dia...
cadangan dari jiranku, cikin...

alhamdulillah....aku minum kadang2 2 kali seminggu...
kesannye gatal tu hilang....
dan elok jugak untuk baby dalam perut ni...supaya tak dapat sakit demam kuning...
tu ibu akula yg pesan..minumla 2-3 teguk untuk elakkan kuning tu..tapi aku minum satu botol..hikhik..sebab sedap la...

dulu aku macam geli gak nk minum...yela..kambing kan..bau busuk...tambah2 pulak aku ade pengalaman pahit ngan kambing ni mase kecik2 dulu...(kena kejar ngan kambing gile mase aku tadika, sampai aku fobia terus ngan kambing tu)

tapi bila aku tekadla gak dalam hati, apa salahnye cuba...banyak jugak khasiatnye bila aku google kat internet...lama2 jadik cam dah biasa....takde pun bau2 busuk kambing tu...tak jugak rase lemak sangat macam susu lembu tu...

kat sini aku copy paste balik khasiat2 susu kambing yg aku jumpa kat internet...:
    Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
  • Penyakit deman kuning.
  • Penyakit lemah jantung.
  • Penyakit darah tinggi.
  • Penyakit migrane / kerap merasa pening kepala.
  • Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang.
  • Penyakit batuk kering atau TB.
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis.
  • Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut.
  • Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
Kelebihan susu kambing :
  • Paling hampir dengan susu ibu(minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).
  • Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah).
  • Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila...).
  • Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.
  • Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.
  • Kambing betina beranak 2 kali setahun,1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
  • Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari.
  • Susu kambing lebih mudah dihadam. Hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.

  • Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali bukan asidik.
  • Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah.
  • Mudah dicerna(menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus.
  • Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma(lelah), migrain(sakitkepala), penyakit kulit, insomia(sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat(tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf.
  • Memulihkan tenaga batin dan awet muda.
♥ honey ♥

5 comments:

Aduka said...

eemmmbeeekkkkkkkk..!

=P

DiDa BumBLeBee said...

salam honey. sy selalu follow ur blog..actually dah lama. hehe oh beli susu kambing tu kat mane ye? tgh cari jugak ni thanks

naddynad said...

hi salam ziarah
bagus info ni wak..
bole tahu mana nak dpt susu K itu juga :)

mAr@ZiEy said...

Waa..bru td opismate Mar ckp Susu Kambing ni bgus..tp Mar mmg takleh minum susu kambing..kalau minum mesti perut rse tak sedap je 1 ari..bukan takat susu kambing je berkhasiat..tp daging kambing pun ade khasiat yer..huhuhu..

pRincESs_N said...

alamak...aku pon agk gelidgr kambing..tp klo khasiat..telan je r..totop idung ekk..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...