Ibu rayu Nur Liyana pulang
Oleh Safuri Kamarudin
bhnews@bharian.com.my
Nur Liyana Sikh |
Hilang bersama lelaki Siam lepas minta izin keluar cari kerja
SIK: Seorang ibu dari Kampung Berona Kiri, dekat sini, merayu anak perempuannya yang menghilangkan diri bersama seorang lelaki keturunan Siam kononnya untuk bekerja di Langkawi sejak enam bulan lalu, supaya pulang kerana mereka sekeluarga amat bimbangkan keselamatannya.
Siti Bedah Hussain, 39, berkata anaknya, Nur Liyana Sikh Ramlee, 21, keluar rumah Jun lalu mengikut lelaki berkenaan yang berusia 42 tahun dengan alasan mencari pekerjaan di Langkawi.
Katanya, sejak tamat sekolah, anaknya itu membantunya berniaga di rumah, tetapi keadaan berubah apabila berkenalan dengan lelaki itu yang kemudian mengajak Nur Liyana ke Langkawi.
note : name dah sebijik..nasib baik tempat n umur tak sama...gambo pun tak sama...dayan dayan..buat terkejut kak yana je tau...minggu depan aku balikla kampung..minggu krismas tu pun aku balik kampung tau...huhu..mmg dah lama tak balik..rinduuu..ibu ayah..nantikan kepulangan anakmu ini...
No comments:
Post a Comment