Nabil Menang besar

Juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil dinobatkan sebagai Bintang Popular 2008 sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang berlangsung di sini, malam tadi.

Kejayaan Nabil itu sekaligus menewaskan penyanyi sensasi Mawi yang telah mengungguli gelaran tersebut tahun lalu selama tiga tahun berturut-turut.

Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Nabil turut berjaya meraih dua anugerah iaitu untuk kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Selain Nabil, artis yang baru pertama kali memenangi anugerah pada acara berprestij itu ialah Stacy menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular, Meet Uncle Hussein (Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular), Noorkhiriah (Artis Komedi Wanita Popular) dan Que Haidar (Pelakon Filem Lelaki Popular).

Paling menarik, Datuk Siti Nurhaliza berjaya mengekalkan gelaran Penyanyi Wanita Popular bagi 12 tahun berturut-turut manakala Mawi buat kali keempat tetap menjadi pilihan untuk merangkul gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kumpulan nasyid Rabbani pula kali kelapan masih terpilih sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular.

Pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi buat kali keenamnya berjaya meraih gelaran Pengacara TV Lelaki Popular manakala Fara Fauzana dipilih sebagai pemenang gelaran yang sama bagi kategori wanita.

Fara turut meraih anugerah bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular manakala rakan seperjuangannya, Faizal Ismail memenangi gelaran Penyampai Radio Lelaki Popular.

Pelakon Rosyam Nor dan Dynaz berjaya merangkul anugerah bagi kategori Pelakon TV Lelaki/Wanita Popular.

Maya Karin pula meraih gelaran Pelakon Filem Wanita Popular.

Dalam pada itu, penyanyi Jamal Abdillah turut diberi pengiktirafan untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.



1. Pengacara TV Lelaki Popular —> Aznil Haji Nawawi
2. Pengacara TV Wanita Popular —> Fara Fauzana
3. Penyampai Radio Lelaki Popular —>Faizal Ismail
4. Penyampai Radio Wanita Popular —>Fara Fauzana
5. Artis Nasyid Popular —> Rabbani
6. Artis Komedi Lelaki Popular —> Nabil Raja Lawak
7. Artis Komedi Wanita Popular —-> Noorkhiriah
8. Artis Baru Lelaki Popular - Nabil Lagi..Hehehe
9. Artis Baru Wanita Popular - Stacy (kenapa bukan Lisa Surihani?)
10. Pelakon TV Lelaki Popular –> Rosyam Nor (Adus, tak kena target!)
11. Pelakon TV Wanita Popular –> Dynaz (Rezeki mengandung anak)
12. Penyanyi Kumpulan / Duo Popular –> Meet Uncle Hussain
13. Penyanyi Wanita Popular –> Siti Nurhaliza
14. Penyanyi Lelaki Popular –> Suami Ekin…
15. Pelakon Filem Lelaki Popular –> Que Haidar (Dok bersayang-sayang je)
16. Pelakon Filem Wanita Popular –> Maya Karin


Ihsan dari www.izyan.com

2 comments:

~Eila Nur Kaseh~ said...

tahniah buat sumer pemenang...kalo rajin usaha..insya allah rezki tu aderla...

CuTeMiUt78 said...

heh..heh..heh.. memang dah agak.. nabil menang dah..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...