selamat menyambut hari wilayah...

yeay....selamat menyambut hari wilayah persekutuan...
walaupun dah lambat saya buat entry ni...
tapi saje nak bagitau..
esok saya cutiiiii..yeayyyyy...
saya dok keja kat putrajaya..of kos la cuti kan...
huhu berderet2 cuti..minggu depan pun cuti jugak...
hari thaipusam...
sempena dgn hari wilayah persekutuan ni..
meh saya citer sket sejarah wilayah persekutuan ni...

***************************

Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

-sejarah-
*******************************

Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.

Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan.


3 comments:

Unknown said...

wah siap complete ngn sejarah nye lagi!!

neway selamat bercuti.. siok nye cuti kan?? huhu nak cuti jugakkk

selangor pon kena join hari wilayah nie jugak kan?? :P

Izzatul Azma said...

slmt becuti :D

fazemy said...

Bagus la ko ni..siap sejarah KL lagi. Haha. WEh thaipusam KL cuti gak ke? Bkn selangor je. Aku ni confirmla cuti aritu. jln jem ke ofis aku. Penuh kaum kerabat meraka. har har

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...