ader orang call pakcik saya, bagitau yang ader budak lemas dalam kolam kat depan umah pakcik saya tu...
saya, en.ady, ucu, ucu ali n along kecik...
gigihla g jugak kat tempat tu...
ujan maser tu jgn cakap la...
lebat giler...
last2 kitorang pun balik sebab ujan lebat sangat..
operasi mencari di tangguh...
pagi esoknya baru sambung...
semalam petang, dalam kul 2.30 ptg...
ucu call...
"along, budak yang lemas tu dah jumpa..."
menurut ucu saya, budak tu tertimbus dalam selut kat tempat dia mandi2 sebelum tu..
kat kunci air...
orang sabah...tapi family mmg dok cni la...
budak lagi..baru darjah 3...
bila saya check kat dalam Metro online...,terjumpa la artikel ni...
Murid ditemui lemas dalam kolam tebatan banjir
PELABUHAN KLANG: “Sehari sebelum kejadian, arwah memeluk kuat ayahnya sambil menangis mengatakan terlalu rindu padanya kerana sibuk bekerja seharian.“Pagi Aidilfitri lalu pula, dia bukan saja memohon ampun dan maaf sebaliknya meminta saya menghalalkan air susu ibu diberikan kepadanya sejak kecil. Saya tidak sangka ia petanda anak kelima saya itu akan pergi buat selamanya,” luah Salmiah Ahmad, 35, dalam sebak di sini, semalam.
Salmiah ditemui di kolam tebatan banjir, di Taman Fasa 4, Bandar Sultan Suleiman di sini, selepas anaknya, Mohd Khairul Zulkifli, 9, ditemui di dasar kolam terbabit oleh penduduk kampung yang menyelam bersama Unit Skuba Pasukan Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Shah Alam, jam 1.35 petang, semalam.
Menurut ibu enam anak itu, dia hanya dimaklumkan anaknya yang juga murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara di sini, hilang di kolam terbabit selepas bermain dengan rakannya, petang kelmarin.
“Sehari sebelum kejadian, arwah dilarang dan dimarahi bapanya kerana pergi atau bermain di kolam berkenaan.
“Bagaimanapun, kami reda dengan kejadian dan berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.
2 comments:
sedihnya kan
sedey nye kan.
=(
Post a Comment