27hb Julai hari tu genap Iman 6 bulan... Yeay dah boleh mamam... Tapi mama delay kan jugak la 2 3 hari, bagi rasa-rasa je dulu...
First yang mama buat untuk Iman ialah bawak dia g sunat... Dah lama tertangguh2 ni Iman, sorry... Bawak g sunat kat tempat yang sama ngan kakak Zara dulu. Kat Klinik Dr. Maria, Alamanda. Kena la caj RM45.
Sambil tunggu giliran, ada ruangan untuk kanak2 main... bagus Klinik ni...
Selesai la sunat dia dah...
Then esok nya mama bawak Iman g check up 6 bulan kat klinik kesihatan Presint 11.
Alhamdulillah setelah 2 bulan mama risau berat awak tak naik2, akhirnya naik jugak. naik 300gram je pun dah syukur banyakkk dah...:)
Bila berat naik, graf2 jugak naik lah kan, takdelah jatuh menjunam dah ke border kuning... Doctor n nurse dah suh bagi makan.. ok Iman, nanti mama masak, awak makan yer.
Overall semua ok. Proses development Iman cukup cepat compare to abang n kakak dia. 5 bulan dah merangkak, 6 bulan dah merangkak laju, dah boleh duduk dan yang paling macam oh nooo!, dia dah pandai panjat2,,, Huwaaa, mama risau banyak dik yang ni... Sebab awak dah panjat awak tak reti turun, pastu main selamba je jatuhkan badan... panjat bukan pegang dua belah tangan tau, sekarang dah seronok main lepas2 tangan plak... so mama kena extra extraaa care part ni...
Asal dia memanjat pastu berdiri, lepas tangan pulak, (dia suka panjat badan abang n kakak dia, pantang nampak deme baring or duduk, dia datang pastu panjat.) aku dari dapur dah jerit ngan kakak or abang dia, Imannnn, turun... Yang awak leh sengih2 lak ye Iman... Gerammm jer!
Part memunggah pun no satu mudak ni... kakak abang susun buku dorang kat rak tv... Dak tecik ni, leh masuk dalam rak tu memunggah.. ayoo Imann...
Juga suka mengutip dah... pantang nampak benda, semua nak amik pastu masuk mulut.
Kenal orang dah kot, bila dia bangun tido aku takde sebelah, mulalah nampak dia merangkak kuar bilik sambil hekhekhek...
Pemurah senyuman dia ni... Manis sangat bila awak senyum tau Iman...
]
Love u Muah muah!
Sekian, milestone dia setakat 6 bulan ni...
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥
1 comment:
comeynya dia.. hantar tas ke ke rumah pengasuh ni
Post a Comment