Alhamdulillah, hari ini satu lagi kebesaran Allah SWT diperlihatkan...Tiba-tiba hati jadi sayu. Dipanjangkan umur lagi dapat melihat fenomena yang jarang2 sekali berlaku ni... Dengar dalam MHI pagi tadi, next gerhana akan ada pada 2019, gerhana matahari separa jugak. Tapi kat area Johor Selatan akan dapat tengok Gerhana Matahari Cincin masa tu. Then next Gerhana Matahari Penuh pulak pada tahun 2042. Kalau dipanjangkan umur, dapatla merasa lagi tengok gerhana2 tu.
Sakit betul mata tengok gerhana.. Matahari terik sangat. Dulu2 pakai negatif filem tu tengok gerhana.. Sekarang? hahaha, aku mencarik gak spek mata hitam tadi, tapi semua dalam kereta.. huhu, carik2 lagi terjumpa negatif filem gambar pasport aku dulu... tak dapat tengok gak... Frustnya... Last2 amik jelah gambar matahari tu...
Tapi kan, Allah tu Maha Berkuasa... rata-rata aku tengok gambar kat timeline FB n twitter pagi ni semua ada gambar pantulan gerhana matahari tu kat bawah... kecikkk je... Dapatla jugak tengok bulan dah makan matahari tu setakat mana... hehe...
Niat dah ada nak buat solat gerhana matahari tu, tapi, cek mek molek sorang tu takmau lena pulak time 7.30 pagi sampai 9.30 pagi tadi.. Terlepas peluang nak buat solat yang jarang2 dapat buat ni... Moga ada rezeki di lain waktu kalau dipanjangkan umur... Amin...
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥
1 comment:
sy tak berpeluang nk tgk sebab tertidow...sedih rasa...
Post a Comment