Tips: Pesan awal2 ni, banyak sikit stepnya, dan agak renyah jugak ye untuk newbies. Nanti once dah expert, sapsapsoi ja... hehehe..
2 hari aku siapkan tutorial ni..;)
**********
Hai...
Aku terlebih rajin ari ni... Ni khas untuk new user yang tak reti nak beli photobook n cara-cara nak gunakan voucher tu. Tengah ada photobook free tu, lepas baca ni, bolehla korang beli ya... Beli dengan harga RM0.00... hehehe...
1. Bagi dah pernah ada akaun groupon, login je.. Kalau takde, kenalah register.. Klik kat atas tu yang aku merahkan tu..
2. Login @ Register...
3. Dah login, klik BUY.
4. Tengah ada promo yang RM0.00 tu, klik la yang tu... kalau dah habis, dia takleh klik kat BUY tu.. kalau boleh klik, blom habis lagi lah tu...
5. Dah klik, dia akan keluar kat atas ni, make sure kalau klik yang RM0.00 tu, harga final pun RM0.00 tau... Jangan lupa klik Online banking tu, kalau ada credit card, pilih credit card pun boleh.. tapi ni aku select yang aku selalu buat lah yer... pakai online banking je... jgn lupa tick gak kat yang aku arrowkan tu... Then klik SUBMIT ORDER... :)
6. Ok selesai dah purchase...
7. Pastu pergi kat My Groupons tu.
8. Dia akan pergi kat detail yang kita beli tadi... Klik download atau display untuk tengok voucher code.
9. Ni lah rupa voucher tu... kat atas yang aku bulatkan tu, no voucher... Takyahla amik no aku tu, sebab aku dah redeem pun yang ni.. hehe...
10. Part yang ni orang macam malas baca sikit...=p Takyah la baca semua. Baca sikit je... yang aku bulatkan tu, sila klik untuk aktifkan kod voucher.
11. Bila klik tu, dia akan kuar kat sini... Isilah semua2 tu... Voucher Code amik yang kat voucher tadi tu... Then submit.
12. Selesai pengaktifan kod voucher.
13. Ok lepas dah aktifkan kod, korang pegi kat voucher tadi tu. klik yang http://www.photobook.com.my/tools/quick-online tu untuk download software photobook. Aku download je senang compare to online designer tu... Sebab kalau yang download boleh simpan lama2 rasa selamat sikit.. kalau online designer tu, kang buat2 tiba2 internet disconnected, huwaaaa penat je buat... aku dh pernah kena.. so nak selamat, better download la...
14. Haaa, nilah rupanya photobook yang dah di download... Klik Create a New Project.
15. Klik Photobook.
16. Klik yang hardcover and softcover... Jangan pandang harga tu, klik je... :) Then klik next.
17. Pilih yang 6 x 6 Mini Square Softcover. Then klik Next.. Again, jangan pandang pun harga tu.. :)
18. ok, bagila nama album yang korang nak buat... then klik create.
19. Akan kuar cenggini lah software photobooknya tu... Klik + tu untuk import gambar2 yang korang nak...
20. Kalau nak buh gambar kat tengah2 tu, just klik gambar n drag je masukkan dalam kotak2 yang disediakan... Nak pilih template, klik je kat bawah tu, page styles, Masks, Background dan sebagainya tu. Sama gak, kalau nak pilih template tu, just klik n drag mouse tu ke bahagian tengah tu... Work area orang design panggil.. :)
Buatlah sampai habis page... nak edit2 buh gambar comel just select je... kat bahagian kiri tu ada nak pilih font, nak terangkan gambar, dan sebagainya lah... rajin2 kan godek2 ya... try n error... jangan malas2.. :)
ok bila dah siap semua jangan lupa tekan gambar disket tu untuk save. dah save, kalau nak order terus pun boleh. Nak order kendian2 pun boleh sebab kita dah save kat software kan.. kalau buat online designer, dah kena proceed ari tu jugak... Kalau nak proceed terus, klik gambo troli tu ya...
21. Dah klik, dia akan kuar macam kat atas ni... klik kat yg aku bulatkan tu then klik start.
22. dia akan pergi photobook punya laman web. Macam biasa la, sila register dulu kalau pengguna baru... Kalau dah pernah guna, log in saja... :)
Pastu, klik kat caj delivery yg RM8 tu tau... yang paling murahla.. jangan lupa klik continue...
Pastu, klik confirm order...
27. Dah klik confirm order, dia akan pergi ke gambar kat atas ni... make sure harga and klik proceed...
28. Akan keluarla online banking ni... mcm biasala klu korang selalu buat online shopping ni, sure dah expert kat sini kan...;)
Log in username n password semua tu...
Siap dah la...
Ok selesai.. semoga bermanfaat... panjang2kan la entry ni untuk orang yang nk belajar beli photobook n cara-cara nak guna voucher tu...
Semoga berjaya... apa2 nak tanya, just drop komen kat sini ok...
Sekian...:)
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
2 comments:
Boleh tak beli baucer berulang kali dlm masa sehari?
>b>
Post a Comment